Friday, July 19, 2024

Creating liberating content

Padah Sisa Elektronik Termasuk...

PETALING JAYA - Terdapat lebih daripada 66 juta telefon bimbit di Malaysia iaitu...

Muhyiddin Boleh Berucap Asalkan...

PUTRAJAYA - Timbalan Presiden UMNO Tan Sri Muhyiddin Yassin boleh berucap pada satu...

Kejayaan Sekolah Bergantung Kepada...

SEREMBAN - Pengetua sekolah berperanan memberi kepimpinan, galakan dan sokongan kepada guru serta...

Bila Rasullah Sayang Seseorang

1. Sekiranya kita sayang kepada seseorang, kita sepatutnya mengajarkan kepada mereka perkara yang...

5 Termasuk 3 Warga India Didakwa Edar Syabu 68kg

REMBAU – Lima lelaki termasuk tiga warga India dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan mengedar dadah jenis syabu dua minggu lalu.

Kesemua tertuduh mengangguk tanda faham selepas pertuduhan terhadap mereka dibacakan di hadapan Majistret Tan Chai Wei.

Tertuduh Azizul Shahari, 32; V. Gunasegar, 29 , kedua-duanya rakyat tempatan serta warga India Shajahan Yoosaf Kunju, 31; Noushadkutty Sulaiman, 40 dan Nahas Aboobaker 41, didakwa mengedar dadah jenis syabu seberat 68.24 kilogram di sebuah ladang ternakan di Jalan Pilin Kampung Kundur Tengah Pedas, dekat sini pada 4.15 petang, 13 Feb lalu.

Mereka didakwa menurut Seksyen 39 B(1) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 39B (2) akta yang sama, dibacakan bersama dengan Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

Tan menetapkan 28 Mac depan untuk penyerahan laporan kimia.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya K.S Rinisha Priyya dan kesemua tertuduh diwakili peguam Shah Rizal Abdul Manan. – BERNAMA

Kategori