KANGAR – Polis menahan lima remaja lelaki berumur 15 hingga 18 tahun kerana memandu secara melulu dan berbahaya dalam Op Samseng Jalanan di Jalan Baru Cikgu Ali, Mata Ayer di Arau, malam tadi.
Ketua Polis Daerah Arau, Supt Nanda Maarof berkata ujian air kencing mendapati empat daripada mereka positif dadah jenis methamphetamine.
Semua empat remaja itu ditahan reman empat hari mulai hari ini bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan, katanya dalam satu kenyataan media, hari ini.
Nanda berkata polis juga merampas empat buah motosikal pelbagai model serta mengeluarkan saman terhadap 38 penunggang lain atas pelbagai kesalahan dalam operasi itu yang bermula pukul 7 malam dan berakhir tengah malam tadi. – BERNAMA
*Video sekadar hiasan…

