• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 2, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

457 Pusat Tahfiz Seluruh Negara Siap Diselenggara

oleh AK-47
12/02/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA KINABALU – Sebanyak 457 pusat Tahfiz di seluruh negara telah siap diselenggara oleh GiatMara sehingga 10 Feb lepas, kata Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Beliau berkata jumlah berkenaan adalah sebahagian daripada 718 pusat Tahfiz yang perlu disiapkan dalam fasa pertama dengan peruntukan sebanyak RM30 juta daripada kerajaan.

“Selebihnya pusat Tahfiz berkenaan dijangka siap diselenggara hujung Mac depan. Kebanyakan daripada 718 pusat Tahfiz berkenaan adalah tidak berdaftar dan fokus utama pada fasa pertama adalah kerja pendawaian semula.

“Kita mendahulukan pusat Tahfiz yang tidak berdaftar kerana pusat Tahfiz berkenaan kebanyakannya tidak mengikut piawaian yang ditetapkan berbanding pusat Tahfiz yang telah berdaftar. Kita tidak mementingkan sama ada pusat Tahfiz itu berdaftar atau tidak..yang penting adalah keselamatan pelajar,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selapas melawat Maahad Tahfiz Wal-Tarbiyah Masjid Nurul Hikmah, Bukit Padang di sini hari ini.

Ismail Sabri berkata untuk Sabah, sehingga kini sebanyak 32 pusat Tahfiz telah diselenggara dan 23 daripadanya telah siap dan selebihnya sedang diselenggara.

Beliau berkata untuk penyelenggaraan pusat Tahfiz fasa kedua kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM50 juta seperti diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada pembentangan Bajet 2018.

“Untuk fasa kedua yang akan dilaksanakan sepanjang tahun ini, sebanyak 612 pusat Tahfiz berdaftar bakal diselenggara secara keseluruhan termasuk dari segi piawaian pendawaian. Pelaksanaan penyelenggaraan itu dibantu oleh pihak bomba yang akan menentukan piawaian keselamatan yang ditetapkan,” katanya. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Peneroka Syukur Impian Miliki Tanah Jadi Kenyataan

Next Post

Fasiliti Pusat Pergigian Imperial Tak Tepati Piawaian

Related Posts

Thailand Harap Lawatan Ismail Sabri Perkukuh Kerjasama Dua Hala

22/02/2022
0

BANGKOK: Lawatan rasmi Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ke Thailand bermula Khamis merintis peluang untuk kedua-dua negara memperkukuh...

Sempadan Negara Tidak Dibuka 1 Mac: PM

11/02/2022
0

TANGKAK - Pembukaan sempadan negara bermula 1 Mac seperti disyorkan Majlis Pemulihan Negara (MPN) baru-baru ini tidak akan dilaksanakan kerana...

Next Post

Fasiliti Pusat Pergigian Imperial Tak Tepati Piawaian

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd