• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, June 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

4 Lelaki Direman Kes Letupan Mercun Di Sg. Petani

oleh Ahmad Albab
02/02/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

ALOR SETAR – Empat lelaki yang ditahan polis berhubung kes letupan mercun berdekatan Kuil Dewa Subramaniya Swami di Sungai Petani malam tadi direman empat hari.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda ACP Saifi Abdul Hamid dalam kenyataan hari ini berkata empat lelaki berumur 25 hingga 34 tahun itu direman bermula hari ini sehingga Isnin depan.

Dalam kejadian 8.30 malam itu seramai 26 individu cedera ketika perarakan Thaipusam yang diadakan berdekatan kuil iaitu melibatkan 14 lelaki dan 12 wanita berusia antara lima hingga 59 tahun dengan empat daripada mereka dimasukkan ke wad di Hospital Sultan Abdul Halim, Sungai Petani untuk rawatan lanjut manakala selebihnya dirawat sebagai pesakit luar.

Terdahulu, Saifi memaklumkan polis menahan empat lelaki terbabit kira-kira 12 tengah malam tadi bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan dan Seksyen 4 Akta Bahan-Bahan Kakisan Letupan dan Senjata Berbahaya 1958. – BERNAMA

Tags: Kes MercunThaipusam
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Lagi Gerai Mercun Meletup Terbakar 

Lagi Gerai Mercun Meletup Terbakar 

24/03/2026
0

Oleh Mynewshub Johor Bahru - Sebuah gerai menjual mercun dan bunga api di Jalan Bunga Ros, Kampung Datuk Sulaiman Menteri...

JBPM, JKR Diarah Semak Semula SOP Gerai Jualan Bunga Api Sementara – Nga Kor Ming 

JBPM, JKR Diarah Semak Semula SOP Gerai Jualan Bunga Api Sementara – Nga Kor Ming 

24/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR - Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dan Jabatan Kerajaan Tempatan (JKT) diarahkan menyemak semula prosedur...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd