• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

22 Pasukan Liga-M Mohon Lesen FAM – Hamidin

oleh Ahmad Albab
25/02/2018
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kesemua 12 pasukan Liga Super dan 10 daripada 12 pasukan Liga Premier musim ini telah mengemukakan permohonan rasmi untuk mendapatkan Lesen Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) sebelum tarikh tutup 15 Feb lalu, iaitu syarat untuk beraksi pada Liga Super 2019.

Setiausaha Agung FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin berkata kesemua pasukan Liga Super tersebut juga telah memohon Lesen Kelab AFC (Konfederasi Bola Sepak Asia), bagi membolehkan mereka beraksi pada Liga Juara-Juara AFC 2019, jika layak kecuali Pahang.

Bagaimanapun, kesemua pasukan ini perlu melepasi penilaian yang dibuat ke atas enam kriteria utama iaitu kesukanan, infrastruktur, pentadbiran personel, perundangan, kewangan dan perniagaan, seperti yang termaktub dalam Peraturan Pelesenan Kelab FAM Edisi 2018 terlebih dahulu sebelum membolehkan mereka diberi Lesen FAM dan/atau Lesen AFC,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Pasukan Liga Super berkenaan ialah Kedah, Perak, PKNP FC, Selangor, PKNS FC, Negeri Sembilan, Melaka United, Johor Darul Ta’zim (JDT), Terengganu FC, Kelantan, Kuala Lumpur dan Pahang.

Pasukan Liga Premier terdiri daripada Pulau Pinang, Felda United FC, PDRM, UiTM FC, MIFA, Kuantan FA, Felcra FC, Sabah, Sarawak dan UKM FC.

Sementara itu, pasukan JDT II dan Terengganu FC II tidak memohon lesen tersebut kerana kedua-dua pasukan itu merupakan ‘feeder club’ kepada dua pasukan Liga Super 2018 iaitu JDT dan Terengganu FC, katanya.

Pada Disember lalu, Pahang hilang kelayakan beraksi di saingan AFC apabila FAM mengenakan larangan memohon Lesen Kelab AFC selama dua tahun terhadap Persatuan Bola Sepak Negeri Pahang (PBNP) kerana tidak mahu menyertai Piala AFC 2018.

Pahang dipilih bagi menggantikan Kedah yang gagal memperoleh Lesen Kelab AFC. – BERNAMA

Tags: Datuk Hamidin Mohd Amin
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

FAM Sedia Jadi ‘Orang Tengah’ Selesai Kemelut FAS

12/11/2018
0

KUALA LUMPUR - Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) sedia bekerjasama dengan Pesuruhjaya Sukan untuk menjadi pengantara kepada permasalahan yang melanda...

Harimau Malaya Diberi Sasaran Ke Final Piala AFF

17/10/2018
0

PETALING JAYA – Persatuan Bola sepak Malaysia meletakkan sasaran final kepada skuad Harimau Malaya pada saingan Piala AFF (Konfederasi Bola...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd