• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, June 5, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

2.26 Juta Pekerjaan Di Malaysia Sejak 2010

oleh AK-47
07/02/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Penciptaan pekerjaan di Malaysia seiring dengan prestasi ekonomi Malaysia yang kukuh!

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan malah berkata, 2.26 juta pekerjaan tercipta sejak 2010 sehingga 2016 di mana 679,300 daripadanya adalah pekerjaan berkemahiran tinggi.

“Sektor perkhidmatan mencatatkan penciptaan pekerjaan tertinggi dengan 1.78 juta pekerjaan sejajar dengan sumbangan sektor perkhidmatan kepada ekonomi negara yang tertinggi iaitu 54 peratua kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).

“Dengan penciptaan pekerjaan yang kukuh, Malaysia berjaya mengekalkan kadar guna tenaga penuh dengan kadar pengangguran kekal rendah pada tiga ke 3.5 peratus,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Abdul Rajman berkata, pencapaian cemerlang Malaysia itu adalah hasil Program Transformasi Ekonomi yang digagaskan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak Tun Razak pada tahun 2010.

Menurut beliau, pasa masa sama kerajaan turut melaksanakan beberapa inisiatif untuk mengurangkan kadar pengangguran dalam kalangan graduan universiti dan belia.

Jelas beliau, sejak 2011 kerajaan telah memperkenalkan Skim Latihan 1 Malaysia (SL1M) yang telah membantu 130,000 orang graduan universiti untuk meningkatkan kebolehpasaran mereka di dalam pasaran pekerjaan.

Kata beliau, hasilnya lebih 90 peratus pelatih SL1M telah mendapat pekerjaan sama ada dengan syarikat di mana mereka menjadi pelatih atau syarikat lain.

Tambah beliau, di bawah TalentCorp pula terdapat program seperti Graduate-Career Accelerated Program (GCAP) iaitu program latihan enam minggu yang bertujuan untuk mentransformasi graduan kepada eksekutif berprestasi tinggi untuk industri perkhidmatan.

Selain itu, kata beliau, Graduate Employability Management Scheme (GEMS) menyediakan graduan universiti yang tidak mempunyai pekerjaan dengan kemahiran industri yang relevan dan pengalaman melalui kaedah penempatan dan latihan.

“Selain daripada program peningkatan kemahiran dan latihan semula kemahiran, terdapat geran untuk program, dana kajian dan pengkomersilan dan dana pelaburan permulaan untuk perniagaan baru dan terdapat juga dana khas untuk belia Malaysia yang memilih untuk menceburi bidang keusahawanan,” katanya.

Dalam pada itu, katanya, Tabung Usahawan Belia adalah salah satu tabung yang diperkenalkan oleh kerajaan melalui SME Bank.

Ujar beliau, dengan kadar faedah yang rendah, SME Bank menyediakan peluang pembiayaan setinggi RM100,000 dan Tabung Usahawan Siswazah menyediakan skim pinjaman mudah ditujukan kepada graduan.

“Kerajaan di bawah pimpinan Perdana Menteri akan terus memastikan pertumbuhan ekonomi Malaysia kukuh dan stabil untuk mencipta lebih banyak peluang pekerjaan kepada rakyat Malaysia kerana pertumbuhan ekonomi yang kukuh tidak bermakna sekiranya ia tidak memberi manfaat kepada rakyat.

“Sebagai kerajaan yang bertanggungjawab, Barisan Nasional akan terus menyediakan penyelesaian dan mencari peluang untuk memastikan lebih banyak rakyat Malaysia mempunyai pekerjaan dan dalam masa yang sama menyediakan bakat bertaraf dunia,” katanya. – MYNEWSHUB.CC

Tags: Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

4 Sekeluarga Termasuk Bayi Maut Kemalangan Lori

Next Post

Tidak Tolak Unsur Khianat Kenderaan JPJ Dibakar

Related Posts

Rahman Tekad Ulang Rekod Cemerlang Di Sepanggar

07/05/2018
0

PARLIMEN Kota Belud bertuah kerana diwakili Datuk Abdul Rahman Dahlan pada penggal yang lepas. Pada Jun 2016, beliau dilantik sebagai...

Orang Sabah Akan Tolak Pakatan Harapan

06/05/2018
0

SEPANGGAR – Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan berkata Orang Sabah akan menolak Pakatan Harapan kerana...

Next Post

Tidak Tolak Unsur Khianat Kenderaan JPJ Dibakar

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd