• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Yayasan MyAqsa Kutuk Kezaliman Tentera Israel

oleh AK-47
25/01/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Yayasan MyAqsa mengutuk dan mengecam sekeras-kerasnya kebiadaban dan kezaliman berterusan tentera Zionis Israel yang menahan dua tokoh utama Al-Quds dan Masjid Al-Aqsa di Baitulmuqaddis semalam.

Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan MyAqsa, Dr. Noorazman Mohd Samsuddin berkata Timbalan Pengerusi Gerakan Islam Baitulmuqaddis, Sheikh Dr. Kamal Khateeb dan Pengarah Harta Wakaf dan Akademi Warisan Masjidil Aqsa, Sheikh Dr. Najeh Daod Ahmad Bkirat yang ditahan merupakan peserta Persidangan Meja Bulat MyAQSA di Putrajaya pada Jumaat ini.

“Dilaporkan bahawa tentera Zionis Israel telah menyiasat dan menggeledah rumah mereka lebih dua jam di Baitulmuqaddis semalam dan mereka telah dikenakan tahanan rumah selama sebulan.

“Secara khusus mereka telah dilarang untuk hadir ke Persidangan Meja Bulat MyAQSA kerana bagi Zionis Israel, program tersebut adalah satu bentuk ancaman kepada mereka,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Noorazman selaku pihak penganjur persidangan bersempena Festival MyAQSA yang akan berlangsung selama tiga hari bermula Jumaat ini, berkata tindakan menghalang delegasi persidangan itu untuk hadir adalah bertentangan dengan hak asasi manusia.

“Maka dengan ini kami menyeru seluruh rakyat Malaysia untuk bangkit menzahirkan bantahan mereka terhadap kezaliman berterusan tentera Zionis Israel ini.

“Marilah bersama-sama menunjukkan solidariti kita kepada perjuangan pembebasan Baitulmuqaddis dengan hadir beramai-ramai ke Himpunan Munajat Aqsaku yang akan berlangsung pada Sabtu ini di Dataran Putrajaya,” katanya. – BERNAMA

Tags: Dr Noorazman Mohd SamsuddinMyAqsa
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

MyAQSA Kumpul Bukti, Saksi Bantu Pendakwaan Terhadap Israel

24/10/2019
0

PUTRAJAYA - Yayasan MyAQSA (MyAQSA) telah mengumpukan bukti dan keterangan saksi untuk diserahkan kepada pihak pendakwa raya Mahkamah Jenayah Antarabangsa...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd