• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Waspada Dengan Panggilan Individu Tidak Dikenali

oleh Ahmad Albab
27/01/2018
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SIBU – Polis menggesa orang ramai di Sibu digesa agar tidak melayan sebarang panggilan daripada orang yang tidak dikenali agar tidak menjadi mangsa penipuan ‘Macau Scam’.

Ketua Polis Daerah Sibu ACP Stanley Jonathan Ringgit berkata pelaku penipuan itu akan membuat panggilan secara rawak bagi mendapatkan mangsa dan mereka yang melayan panggilan itu akan terdedah kepada tipu daya pelaku.

“Kes seumpama ini banyak dilaporkan berlaku di Semenanjung tetapi ramai yang tidak melayan panggilan itu.

“Suspek sukar dikesan kerana mereka berpusat di luar negara atau nombor yang mereka gunakan adalah palsu manakala akaun yang digunakan untuk menerima pindahan wang adalah milik pihak ketiga,” katanya di sini hari ini.

Beliau berkata pihak Bukit Aman sedang giat memantau kegiatan sindiket penipuan itu.

Stanley Jonathan berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kejadian penipuan terbaharu melibatkan seorang pesara jururawat berusia 69 di bandar ini semalam.

Wanita tersebut yang kerugian RM29,950 sebelum itu menerima panggilan telefon daripada seorang lelaki yang mendakwa mangsa mempunyai tunggakan hutang kad kredit yang perlu dibayar segera.

Mangsa kemudiannya membuat transaksi pemindahan wang tersebut ke dalam akaun yang didaftar atas nama seorang wanita seperti yang diarahkan dan sejurus selesai, pemanggil terus menamatkan talian telefon itu.

“Modus operandi suspek ialah memperdayakan pengadu untuk membayar hutang kad kredit yang tidak wujud dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu,” jelasnya.

Terbaharu, sebanyak 31 laporan telah dibuat berkaitan kes penipuan Macau Scam pada bulan ini di Sibu, membabitkan jumlah keseluruhan kerugian sebanyak RM98,562,58.

Khamis lalu, seorang peniaga lelaki berusia 61 tahun di sini mengalami kerugian RM9,800 selepas menerima panggilan daripada seorang lelaki mendakwa dari Bank Negara, yang memberitahu beliau ada tunggakan kad kredit berjumlah RM3,900 dan perlu dibayar segera. – BERNAMA

Tags: Macau Scam
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Skim Pelaburan ‘5% Setiap Transaksi’ Rupanya Perangkap, RM31 Juta Lesap

Skim Pelaburan ‘5% Setiap Transaksi’ Rupanya Perangkap, RM31 Juta Lesap

22/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Taktik menjanjikan pulangan lumayan akhirnya memakan diri apabila sekumpulan pelabur warga asing kerugian lebih RM31 juta selepas...

China Hukum Mati Ketua Sindiket Penipuan Sempadan Myanmar

China Hukum Mati Ketua Sindiket Penipuan Sempadan Myanmar

06/11/2025
0

CHINA HUKUM MATI KETUA SINDIKET PENIPUAN SEMPADAN MYANMAR – OPERASI “CYBER SLAVERY” DIGEMPUR HABIS-HABISAN Oleh Mynewshub  BEIJING, 6 November 2025...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd