• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Wanita Hidap AIDS Tabah Besarkan Anak

oleh Ahmad Albab
07/01/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA BHARU – Walaupun dijangkiti AIDS, namun seorang balu tetap tabah membesarkan tiga anaknya yang masih bersekolah dengan mengambil upah menjahit pakaian.

Wanita berusia lingkungan 40-an itu yang hanya mahu dikenali sebagai Nor, berkata dia mula dikesan dijangkiti penyakit itu pada 2012 selepas membuat ujian darah untuk berkahwin selepas kematian suami pada 2008 akibat angin ahmar.

“Saya kemungkinan dijangkiti AIDS oleh arwah suami sebelum itu. Arwah juga hanya dikesan dijangkiti AIDS selepas meninggal dunia.

“Justeru, saya terpaksa melupakan hasrat hati untuk berkahwin sekali lagi dengan pilihan hati dan meneruskan kehidupan bersama empat anak dan dua cucu,” katanya selepas menerima kunjungan Ketua Pergerakan Wanita UMNO bahagian Pengkalan Chepa, Zarina Md Eusope di Kampung Baung di sini, semalam.

Nor berkata dia kini tekun mengambil upah menjahit bagi membesarkan tiga anaknya yang masih bersekolah, masing-masing pasangan kembar lelaki berusia 14 tahun dan seorang anak perempuan berusia lapan tahun dengan pendapatan yang tidak menentu.

Anak sulungnya yang berusia 21 tahun telah berkahwin dan baru melahirkan anak kedua.

“Saya bersyukur kerana kesemua anak saya tidak dijangkiti AIDS dan dapat meneruskan hidup dan dapat bersekolah dengan sempurna,” katanya.

Nor berkata dia mendapatkan rawatan pakar di Hospital Raja Perempuan Zainab II di sini, setiap tiga bulan bagi mengelakkan penyakitnya itu bertambah teruk.

“Jika mahu dikira, kos rawatan dan ubat-ubatan mencecah RM2,000 untuk setiap sesi namun saya bernasib baik kerana ia dibiayai kerajaan dan rawatan tersebut perlu dilakukan sepanjang hayat,” katanya.

Ditanya mengenai nasib tiga anaknya yang masih kecil seandainya beliau meninggal dunia, Nor berkata perkara itu akan diserahkan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) memandangkan ibunya baru sahaja meninggal dunia 12 hari lepas.

Sementara itu, Zarina berkata pihaknya akan sentiasa memberikan sokongan kepada Nor untuk meneruskan hidup dan akan memberi bantuan sewajarnya kepada keluarga berkenaan.

“Kita tahu Nor menjalankan kerja menjahit dengan pendapatan yang tidak menentu apatah lagi perlu menyara tiga anaknya yang masih bersekolah.

“Meskipun mendapat bantuan sebanyak RM300 sebulan daripada JKM tetapi jumlah itu masih belum mencukupi untuk perbelanjaan persekolahan dan masih perlu dibantu,” katanya. – BERNAMA

Tags: AIDSWanita
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Bunuh Suami: Mahkamah Kekal Hukuman Penjara 33 Tahun Terhadap Wanita, Adik Lelaki

Bunuh Suami: Mahkamah Kekal Hukuman Penjara 33 Tahun Terhadap Wanita, Adik Lelaki

11/02/2026
0

PUTRAJAYA: Mahkamah Persekutuan, di sini hari ini mengekalkan hukuman penjara 33 tahun terhadap wanita dan adik lelakinya yang disabitkan dengan...

Wanita Didakwa Menetap Di Terminal KLIA Sejak Setahun Lalu, Ditahan Polis

Wanita Didakwa Menetap Di Terminal KLIA Sejak Setahun Lalu, Ditahan Polis

23/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Polis sudah menahan wanita yang menimbulkan kegusaran orang ramai kerana memarahi kanak-kanak yang berada di terminal Lapangan Terbang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd