Sunday, April 28, 2024

Creating liberating content

Gambar Pemimpin PH Dilelong...

PUTRAJAYA - Gambar yang dirakam pada sidang media pertama pemimpin Pakatan Harapan (PH)...

QZ8501: AirAsia Didapati Langgar...

RENTETAN insiden nahas pesawat AirAsia QZ8501 yang berlaku baru-baru ini telah menyebabkan Kerajaan...

Ekspo Ternakan Bakal Warnai...

KUALA LUMPUR - Ekspo ternakan, Livestock Malaysia 2017 ialah antara pengisian sambutan Hari...

Soundcircus Festival 2023 Berlangsung...

KUALA LUMPUR, 2 Ogos 2023 – Sekali lagi, Art Of Speed Malaysia (AOSM)...

Wanita Buta Dipenjara Hina Raja Thailand

BANGKOK – Seorang wanita buta dipenjara 18 bulan oleh Mahkamah Thailand semalam kerana berkongsi tulisan Facebook yang dianggap menghina keluarga diraja negara itu, kata peguamnya.

Nuhurhayati Masoe, 23, berasal dari wilayah majoriti Islam di Yala, dihukum kerana menerbitkan petikan daripada satu artikel menerusi media sosial itu pada Oktober 2016.

Dia mendengar mengenai artikel terbabit menerusi aplikasi radio untuk golongan cacat penglihatan.

“Hakim mengatakan mereka bersimpati dengan tertuduh kerana keadaan dirinya namun tidak dapat menarik balik hukuman itu kerana dia melakukan kesalahan serius,” kata peguam bela Kaosar Aleemama kepada AFP.

Kaosar menambah, hukuman asal penjara tiga tahun ke atas anak guamnya dikurangkan kepada 18 bulan kerana tertuduh mengaku salah. – AFP/BH ONLINE

Kategori