• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 30, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Usaha Kesan, Tahan Riduan Diteruskan

oleh Ahmad Albab
30/01/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Usaha mengesan dan menahan Muhammad Riduan Abdullah, yang didakwa gagal menyerahkan anak perempuan bongsunya kepada bekas isterinya, M. Indira Gandhi, masih diteruskan.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata usaha mengesan Muhammad Riduan yang sebelum ini dikenali sebagi K. Pathmanathan, masih berterusan sejak 2014 berdasarkan waran untuk pengkomitan yang dikeluarkan Mahkamah Tinggi Ipoh pada 30 Mei 2014.

“Malangnya, pihak kami masih gagal dalam usaha tersebut walaupun satu kenyataan media telah dikeluarkan bagi mendapat kerjasama orang ramai.

“Polis turut memaklumkan kepada peguam yang mewakili Indira Gandhi tentang segala langkah yang telah diambil bagi mengesan Muhammad Riduan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Kenyataan itu dikeluarkan susulan kenyataan Indira Gandhi bahawa pihak polis tidak lagi mempunyai alasan untuk tidak mencari dan menahan bekas suaminya, yang didakwa gagal menyerahkan anak perempuan mereka kepadanya.

Sehubungan itu, Mohamad Fuzi meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai Muhammad Riduan atau lelaki itu sendiri supaya tampil memberi kerjasama.

Hari ini, Mahkamah Persekutuan memutuskan bahawa pasangan yang memeluk Islam dan pasangannya yang bukan Islam mesti memberi persetujuan bagi penukaran agama anak bawah umur kepada Islam.

Ketiga-tiga anak mereka iaitu dua perempuan dan seorang lelaki kini berusia 20, 19, dan sembilan tahun. Muhammad Riduan, 47, telah menukar agama anak-anak mereka kepada Islam pada April 2009 tanpa persetujuan Indira Gandhi, selepas dia memeluk Islam.

Pada 2016, Mahkamah Persekutuan mengarahkan Ketua Polis Negara menangkap Muhammad Riduan kerana mengingkari perintah Mahkamah Tinggi supaya menyerahkan anak perempuan bongsunya kepada bekas isterinya.

Pada 2010, Mahkamah Tinggi Ipoh memberi Indira Gandhi hak penjagaan sepenuhnya terhadap ketiga-tiga anaknya dan memerintahkan Muhammad Ridhuan menyerahkan Prasana Diksa kepada ibunya. – BERNAMA

Tags: Tan Sri Mohamad Fuzi Harun
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Projek Terowong P.Pinang: ‘Datuk Seri’ Bebas Reman

Next Post

Warga Bangladesh Harun 2.0 Dipenjara Tujuh Bulan

Related Posts

Anti-ICERD: PDRM Siap Siaga Hadapi Sebarang Isu

08/12/2018
0

KUALA LUMPUR - Polis menasihatkan agar peserta perhimpunan kesyukuran kerajaan menolak ratifikasi Konvensyen Antarabangsa Me­ngenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum...

83 Individu Ditahan Kes Rusuhan Kuil Setakat 8 Pagi

04/12/2018
0

KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia setakat ini telah menahan 83 individu untuk membantu siasatan kes kekecohan di Kuil Sri...

Next Post

Warga Bangladesh Harun 2.0 Dipenjara Tujuh Bulan

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd