• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Projek Terowong P.Pinang: ‘Datuk Seri’ Bebas Reman

oleh Ahmad Albab
30/01/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Mahkamah Majistret hari ini membebaskan seorang pengerusi syarikat perunding kejuruteraan bergelar ‘Datuk Seri’ yang ditahan reman Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sejak Khamis lepas bagi membantu siasatan projek tiga lebuh raya dan terowong dasar laut di Pulau Pinang.

Majistret Khir Niam Zemari memerintahkan lelaki berusia 62 tahun itu dibebaskan dengan jaminan sebanyak RM58,000 dengan seorang penjamin.

Lelaki itu, yang dipercayai terbabit dalam penyediaan dokumen tuntutan palsu bagi kajian kebolehlaksanaan projek itu lebih RM305 juta yang dikemuka kepada kerajaan Pulau Pinang, ditahan pada 24 Jan lalu ketika hadir memberi kenyataan di Ibu Pejabat SPRM di sini dan direman selama lima hari bermula 25 Jan.

Difahamkan, firma kejuruteraan suspek yang berpangkalan di Kuala Lumpur, pernah terbabit dalam pelbagai projek mega termasuk pembinaan sebuah jambatan di Pulau Pinang, terminal bas di ibu negara dan menaik taraf sebuah lapangan terbang negeri.

Lelaki itu adalah antara empat individu yang ditahan reman oleh SPRM setakat ini bagi membantu siasatan projek itu mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Azam Baki dilaporkan berkata SPRM telah merakamkan percakapan 76 saksi berhubung kes berkenaan.

Projek terowong dasar laut sepanjang 7.2 kilometer yang menghubungkan Persiaran Gurney ke Bagan Ajam di Seberang Perai dan tiga jalan utama itu dianugerahkan kepada Consortium Zenith Construction yang merangkumi beberapa syarikat.

Sebelum ini, projek itu mencetuskan pelbagai kontroversi antaranya berhubung kos kajian kebolehlaksanaan yang terlalu tinggi selain kaedah pembayaran melibatkan pertukaran tanah kerajaan negeri serta pelaksanaannya dibantah penduduk negeri yang bimbang dengan impak ekonomi, sosial dan alam sekitar. – BERNAMA

Tags: projek terowong dasar lautSPRM
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Rafizi Disoal Siasat Hampir 9 Jam, Sempat Ingatkan Pegawai SPRM Tanggungjawab Muslim

Rafizi Disoal Siasat Hampir 9 Jam, Sempat Ingatkan Pegawai SPRM Tanggungjawab Muslim

05/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Bekas Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli memaklumkan sesi soal siasat hari pertamanya bersama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah...

Rafizi Terima Notis SPRM Diminta Beri Keterangan

Rafizi Terima Notis SPRM Diminta Beri Keterangan

01/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Bekas Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli memaklumkan beliau telah menerima notis daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd