Monday, April 29, 2024

Creating liberating content

Kami Tak Lompat Parti,...

KUALA LUMPUR - Rafizi Ramli menjelaskan pertemuan dengan Nurul Izzah Anwar dan Khairi...

Penduduk Berang Wujudkan Akaun...

ALOR SETAR - Akibat bosan dengan masalah gangguan bekalan air yang tidak berkesudahan,...

Abby Abadi Nafi Sudah...

SELEBRITI Abby Abadi menafikan khabar angin yang mengatakan dirinya kini sudah selamat bergelar...

SPRM Terima Senarai Calon...

KOTA BHARU - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sudah menerima senarai nama calon...

Urusniaga Tanah GLC Kini Perlu Surat Kebenaran MOF

KUALA LUMPUR – Semua urusniaga tanah melibatkan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) kerajaan Persekutuan perlu disertakan dengan surat kebenaran daripada Kementerian Kewangan selepas ini.

Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar (NRE) dalam satu kenyataan media berkata, satu arahan pentadbiran berhubung perkara itu akan dikeluarkan melalui Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan (JKPTG).

“Manakala bagi GLC milik kerajaan negeri dinasihatkan supaya permohonan urusniaga tanah tersebut dikemukakan bersama surat kebenaran Menteri Besar atau Ketua Menteri bagi negeri berkenaan,” kata kenyataan itu hari ini.

Menurut NRE, langkah itu diambil susulan isu pindah milik tanah FELDA Synergy Promenade Sdn. Bhd. (SPSB) dan Synergy Promenade KLVC Sdn. Bhd.

Jelas NRE, dalam isu tersebut, kerajaan sebenarnya menggunakan pemakaian Surat Kebenaran Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Kepada GLC Persekutuan Dan Negeri Bagi Urusniaga Tanah.


Kata NRE, langkah itu bertujuan memastikan pemilikan tanah GLC dapat dikawal dan dipantau bagi mengelak sebarang manipulasi oleh pihak-pihak lain sehingga memberi implikasi negatif kepada kerajaan.

“Surat Kebenaran Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Kepada GLC Persekutuan Dan Negeri Bagi Urusniaga Tanah ini diperkenalkan untuk memantau urusniaga tanah GLC agar lebih teratur dan dilindungi bagi memelihara aset strategik negara dan kepentingan rakyat,” kata NRE. – MYNEWSHUB.CC

Kategori