Sunday, April 28, 2024

Creating liberating content

Litar Pintas Punca Jakel...

SHAH ALAM – Kebakaran melibatkan gedung tekstil Jakel di Seksyen 7, di sini...

Budak Lihat Ibu Dipaksa...

Durban - Baru berusia 12 tahun namun seorang budak lelaki terpaksa melihat bagaimana...

Thaipusam: Rapid KL Sedia...

KUALA LUMPUR - Rapid KL akan menyediakan perkhidmatan khas untuk kemudahan orang ramai...

Isu Tukar Tanah Mindef:...

Kuala Lumpur : Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi memberi keterangan kepada...

Ulama Dunia Gesa Negara Islam Putus Hubungan Dengan Israel

PUTRAJAYA – Semua negara Islam digesa memutuskan sebarang bentuk hubungan dengan Israel terutamanya hubungan diplomatik dan ekonomi bagi memberi tekanan kepada negara itu untuk membebaskan Palestin dan ibu kota Baitulmuqaddis.

Perkara itu antara 14 resolusi yang disepakati lebih 100 ulama terkenal dari 30 negara yang menyertai Persidangan Meja Bulat Ulama Islam Sedunia Mengenai Baitulmuqaddis, di sini hari ini.

Penyelaras persidangan itu Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali berkata gesaan itu dibuat susulan tindakan beberapa negara Arab yang membentuk hubungan normalisasi dengan Israel dengan menerima kedutaan negara itu.

“Jalan untuk membebaskan Masjidil Aqsa (Baitulmuqaddis) ialah dengan memutuskan sebarang hubungan politik, perniagaan, pendidikan dan sebagainya dengan rejim Zionis.

“Ini kerana, jika hanya sebuah negara melaksanakannya, ia tidak akan memberi kesan. Malaysia boleh menjadi hero atau negara terawal yang menggerakkan usaha ini,” katanya pada sidang media selepas membentangkan resolusi tersebut.

Mohd Khairuddin yang juga Pengarah Institut Strategi PAS Pusat berkata resolusi itu diserahkan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini dan akan dihantar kepada semua pemimpin negara Islam untuk tindakan susulan.

Katanya resolusi tersebut turut menekankan supaya isu Baitulmuqaddis dan Masjidil Aqsa dimasukkan dalam mata pelajaran di peringkat sekolah dan pengajian tinggi bagi menimbulkan kesedaran dalam kalangan generasi muda Islam.

Aspek pendidikan dibangkitkan dalam persidangan tersebut dengan beberapa ulama berkata umat Islam seharusnya mendalami isu Palestin sebagaimana masyarakat Yahudi menanamkan ideologi Baitulmuqaddis adalah milik mereka dalam diri generasi muda sejak kecil lagi.

Sementara itu, Mufti Wilayah Persekutuan Datuk Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri berkata resolusi lain yang turut diluluskan dalam persidangan itu ialah menjadikan tahun 2018 sebagai tahun Baitulmuqaddis bagi memberi semangat dan motivasi kepada umat Islam untuk membebaskan kota itu.


“Banyak cara untuk kita membina kesatuan ummah dalam memberi satu tekanan cukup baik supaya Baitulmuqaddis menjadi milik umat Islam,” katanya.

Pengerusi Majlis Islam Syria, Syeikh Usamah al-Rifa’i pula berkata jika seluruh ulama dan pemimpin Islam memberi fokus dan mengambil tindakan susulan kepada resolusi tersebut, ia akan menjadi langkah pertama dalam usaha membebaskan Masjidil Aqsa daripada cengkaman Israel.

“Kita mahu setiap umat Islam mempunyai kesedaran mengenai usaha membebaskan Baitulmuqaddis dan jika tiada kesan daripada pertemuan ini, maka tiada kebaikan yang kita perolehi,” katanya.

Pengerusi Pusat Pembentukan Ulama Mauritania, Syeikh Muhammad Hasan Walid ad-Dedew yang turut senada dalam hal itu, berkata pembebasan Baitulmuqaddis adalah tanggungjawab semua umat Islam terutama para pemimpin dan ulama.

“Pihak kerajaan harus bekerjasama dalam menyelesaikan isu Palestin. Persidangan juga menegaskan bahawa umat Islam harus bersatu dalam isu Masjidil Aqsa dan tidak sesekali berpecah belah,” katanya.

Persidangan selama tiga hari itu yang bermula pada Jumaat lepas diadakan bersempena Festival MyAQSA, anjuran bersama oleh Yayasan MyAQSA, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, Kesatuan Ulama Palestin Diaspora dan Kesatuan Ulama Islam Sedunia. – BERNAMA

Kategori