• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 19, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ubat, Vaksin Kementerian Kesihatan Sah Halal

oleh Ahmad Albab
27/01/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

GEORGE TOWN – Kementerian Kesihatan menegaskan semua ubat-ubatan dan vaksin yang diberikan kepada pesakit di seluruh negara adalah halal dan selamat digunakan.

Timbalan Menterinya, Datuk Seri Dr. Hilmi Yahaya berkata dakwaan menyatakan terdapat ubat-ubatan dan vaksin yang diberikan oleh kementerian itu mengandungi ‘deoxyribonucleic acid’ (DNA) babi adalah tidak berasas.

“Dulu lagi kita pernah dengar ada kumpulan tertentu yang antivaksin kerana mendakwa konon ia mengandungi DNA babi, tapi sekarang ini timbul pula isu yang kata bukan sahaja vaksin

“Malah ubat-ubatan yang diberikan oleh Kementerian Kesihatan turut mengandungi perkara sama (DNA babi). Mereka yang membuat tuduhan itu tidak pula mendapatkan maklumat yang betul dan sahih.

“Sebaliknya hanya mencari ia (maklumat) menerusi Internet sahaja. Mudah untuk mereka jadi ‘doktor Google’ dan bagi maklumat tidak betul pula kepada masyarakat.

“Apa yang mengecewakan saya ada segelintir masyarakat kita yang percaya,” katanya ketika berucap pada Majlis Ramah Mesra Ahli Lembaga Pelawat Hospital dan Panel Penasihat Klinik Kesihatan (PPKK) Pulau Pinang, di sini malam tadi.

Sementara itu, Dr. Hilmi yang juga Anggota Parlimen Balik Pulau berkata hampir 90 peratus daripada 856 klinik kesihatan di seluruh negara telah menubuhkan PPKK yang dilihat dapat mengukuhkan lagi strategi untuk menggembleng penglibatan komuniti bagi menyebarkan perkhidmatan kesihatan seluas mungkin.

Beliau berkata PPKK yang dilancarkan pada 1995 dan mempunyai 14,665 anggota panel itu juga bertujuan memupuk kerjasama erat antara masyarakat serta anggota kesihatan demi meningkatkan kesihatan komuniti setempat.

“PPKK memainkan peranan penting sebagai rakan kongsi kepada Kementerian Kesihatan dalam menghadapi cabaran-cabaran baharu melalui perkongsian pintar, melatih masyarakat memperkasa dalam penjagaan kesihatan diri dan sekali gus mengubah tingkah laku ke arah hidup yang sihat,” katanya.

Beliau berkata bagi menyokong usaha PPKK dalam menjalankan aktiviti mereka, Kementerian Kesihatan telah meluluskan peruntukan sebanyak RM5,000 bagi setiap klinik yang mempunyai panel berkenaan dan tahun lepas sahaja sebanyak RM4.175 juta telah disalurkan kepada mereka. – BERNAMA

Tags: babiDatuk Seri Dr Hilmi YahayaHalal
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tinggal Dekat Dengan Babi, Boleh Hari-Hari Tengok Babi, Cium Babi, Makan Babi – Ridhuan Tee

Tinggal Dekat Dengan Babi, Boleh Hari-Hari Tengok Babi, Cium Babi, Makan Babi – Ridhuan Tee

24/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Pendakwah bebas, Dr. Mohd Ridhuan Tee Abdullah mencadangkan pemimpin yang suka pada babi supaya tinggal berdekatan dengan...

Ronnie Liu Desak Kerajaan Madani Selesaikan Segera Isu Penternakan Babi, Elak Hilang Keyakinan Bukan Melayu

Ronnie Liu Desak Kerajaan Madani Selesaikan Segera Isu Penternakan Babi, Elak Hilang Keyakinan Bukan Melayu

24/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Bekas pemimpin DAP, Ronnie Liu Tian Khiew mendakwa Kerajaan Madani bakal hilang keyakinan komuniti bukan Melayu jika...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd