• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, April 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tun M ‘Kunci Mulut’ Isu Moral Anwar, Gesa Tumpaskan BN

oleh AK-47
07/01/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Tun Dr. Mahathir Mohamad hari ini menggesa semua ahli Pakatan Harapan (PH) untuk melupakan persengketaan yang lalu di antara mereka dan menumpukan perhatian untuk menumpaskan Barisan Nasional (BN), beberapa minit selepas parti gabungan itu secara rasmi menamakannya sebagai calon perdana menteri.

“Lupakan masa lalu kerana ianya akan menjadi penghalang untuk mencapat matlamat kita,” kata Mahathir dalam ucapannya semasa konvensyen PH di Shah Alam, hari ini.

Bekas perdana menteri berusia 92 tahun itu sebelum ini dinamakan sebagai pilihan utama perdana menteri, dan presiden PKR, Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai timbalannya.

Bagaimanapun, apabila ditimbulkan kembali mengenai pendiriannya terhadap isu moral Anwar, Mahathir masih tak berani memberikan jawapan yang konsisten.

Sebaliknya, Mahathir ‘memutar belitkan’ soalan mudah tersebut dengan menyeru ahli parti pembangkang agar ‘fokus’ menjatuhkan BN pada pilihan raya akan datang.

Baca: Mahathir Elak Nyata Pendirian Isu Moral Anwar

Gabungan itu juga mengumumkan bahawa ia akan melantik Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang akan dibebaskan dari penjara pada bulan Jun tahun ini, sebagai perdana menteri kelapan selepas melalui satu proses dalam undang-undang untuk membenarkannya kembali aktif dalam dunia politik.

“Saya berterima kasih kerana menamakan saya sebagai perdana menteri. Saya sudah 92 tahun, saya tidak akan hidup untuk jangka masa yang panjang,” kata Mahathir lagi.

Mahathir turut akui bukan mudah untuk menyertai parti pembangkang yang “pada masa lalu telah menentang saya.”

“Tetapi oleh kerana menggulingkan Datuk Seri Najib Razak (Perdana Menteri) menjadi keutamaan buat masa ini, saya bersedia mendengar semua aduan terhadap saya,” katanya pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) itu lagi. – MYNEWSHUB.CC

Tags: Mahathir MohamadParti Pembangkang
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Mahathir Bakal Tubuh Gagasan Melayu-Islam Baru

Mahathir Bakal Tubuh Gagasan Melayu-Islam Baru

04/08/2022
0

Satu gagasan baru berteraskan agenda Melayu dan Islam yang dipimpin Dr Mahathir Mohamad bakal ditubuhkan. Ikuti Mynewshub: Telegram Pada majlis solat...

Tun M Minta Semak Semula Bajet 2022

02/11/2021
0

KUALA LUMPUR - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad meminta kerajaan menyemak semula Bajet 2022, belanjawan terbesar dalam sejarah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd