• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, June 4, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tuanku Muhriz Berangkat Ke Majlis Santapan Negeri

oleh Ahmad Albab
21/01/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEREMBAN – Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir berkenan berangkat ke Majlis Santapan Negeri sempena Hari Keputeraan baginda ke-70 di sini, malam ini.

Turut berangkat ialah Tunku Ampuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Aishah Rohani Almarhum Tengku Besar Mahmud dan kedua-dua putera baginda Tunku Besar Seri Menanti Tunku Ali Redhauddin dan Tunku Datuk Seri Zain Al-‘Abidin.

Keberangkatan tiba baginda diiringi Menteri Besar Datuk Seri Mohamad Hasan dan isteri Raja Datin Seri Salbiah Tengku Nujumudin.

Turut hadir Undang Yang Empat, Tunku Besar Tampin dan barisan exco kerajaan negeri.

Antara tetamu kehormat yang hadir ialah Pengerusi Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) Datuk Seri Azman Ujang bersama isteri Datin Seri Siti Zalihan Amin, Ahli Parlimen Kuala Pilah Datuk Seri Hasan Malek dan Panglima Angkatan Tentera Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor.

Mohamad dalam ucapannya menzahirkan lafaz taat setia yang tidak berbelah bahagi kepada Tuanku, untuk terus bersemayam di persada singgahsana menerajui tampuk pemerintahan negeri ini.

“Patik juga ingin menjunjung kasih di atas sudi perkenan Duli Yang Maha Mulia Tuanku berangkat mencemar duli menyempurnakan Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat di Balairong Seri, Istana Besar Seri Menanti pada 14 Jan yang lalu.

“Istiadat ini amat bermakna dalam konteks hubungan raja dengan rakyat, terutama bagi mengiktiraf sumbangan dan jasa semua pihak yang telah menabur bakti dan mengharumkan nama negeri dan negara.

“Sesungguhnya, hubungan akrab antara Duli Yang Maha Mulia Tuanku dan pacal rakyat yang dizahirkan selama ini telah dapat membolehkan pentadbiran Kerajaan Negeri diuruskan dengan lancar khususnya dalam usaha membangun dan memajukan lagi negeri ini,” katanya.

Sehubungan dengan itu, Mohamad berkata pedoman tuanku supaya semua rakyat menghormati kaum dan agama lain perlu sentiasa dijunjung serta dilaksana oleh semua pihak bagi memastikan keamanan dan kemakmuran dapat dikekalkan. – BERNAMA

Tags: Tuanku Muhriz
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tuanku Muhriz Gesa Kerajaan, Rakyat Bersatu Pertahan Negara

14/01/2021
0

SEREMBAN - Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir bertitah supaya kepimpinan kerajaan di semua peringkat dan rakyat bersatu dan sentiasa...

Tunku Muhriz Pengerusikan Mesyuarat Majlis Raja-Raja Ke-255

30/10/2019
0

KUALA LUMPUR - Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Almarhum Tuanku Munawir, hari ini mempengerusikan Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-255...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd