• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, June 19, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Trump Ancam Henti Bantu Pakistan

oleh Ahmad Albab
02/01/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

WASHINGTON – Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump, mengancam menghentikan bantuan kepada Pakistan menerusi Twitter pertamanya pada 2018, kerana dianggap ‘berbohong’ dan ‘menipu’.

Malah, Trump menganggap Islamabad menyediakan ‘syurga perlindungan untuk kumpulan pengganas.’

Kenyataan Trump ternyata mengundang reaksi pantas Pakistan yang mengatakan negara itu sudah melakukan banyak perkara untuk membantu Washington, terutama dalam menghapuskan kumpulan al-Qaeda.

Islamabad dalam nada kecewa berkata, semua pengorbanan akhirnya dibalas dengan kecaman dan rasa curiga.

Hubungan lama Amerika Syarikat-Pakistan terjejas di bawah pentadbiran Trump susulan tindakan presiden itu pada Ogos lalu, yang mendakwa Pakistan sering memberi perlindungan kepada ejen pengganas.

“Amerika Syarikat diperbodohkan dengan memberikan bantuan lebih AS$33 bilion (RM134 bilion) selama 15 tahun dan mereka tidak memberikan apa-apa sebagai balasan melainkan ‘pembohongan dan penipuan’,” tulisnya.

Menteri Luar Pakistan, Khawaja Muhamamd Asif menjawab kenyataan itu dengan marah dalam satu temuramah di stesen televisyen Geo dengan mengatakan semua dana yang disalurkan diaudit dengan betul dan perkhidmatan sudah dilaksanakan.

Menteri Pertahanan Pakistan, Khurram Dastgir Khan menerusi laman Twitter menulis, Pakistan sebagai sekutu anti pengganas sudah memberikan tanah, komunikasi udara, pangkalan udara dan kerjasama ketenteraan dalam usaha membanteras al-Qaeda selama 16 tahun tetapi mendapat kecaman dan rasa curiga sebagai balasan.

Minggu lalu, The New York Times melaporkan pentadbiran Trump sedang mempertimbangkan untuk menahan bantuan AS$255 juta (RM1.4 bilion) yang sudah tertangguh kepada Islamabad kerana kegagalan menghapuskan kumpulan pengganas di Pakistan. – AFP/BH ONLINE

Tags: Pakistan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Banduan Lari Berjaya Ditangkap Semula Di Gombak

Banduan Lari Berjaya Ditangkap Semula Di Gombak

20/04/2026
0

GOMBAK – Seorang banduan yang sebelum ini dilaporkan melarikan diri pada 9 April lalu berjaya ditangkap semula oleh pihak polis...

Menunggu Macam Orang Bodoh – Pakistan Keluar Nota Bantahan Kepada Rusia

Menunggu Macam Orang Bodoh – Pakistan Keluar Nota Bantahan Kepada Rusia

13/12/2025
0

BREAKING: Pakistan Mengeluarkan Protes Diplomatik Ke Atas Rusia Selepas Putin Tidak Hadir Pada Pertemuan Dengan PM Shehbaz Sharif Ashgabat, Turkmenistan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd