• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, July 8, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tipu Projek Rumah: Boy Iman Ditahan Reman Lagi

oleh
24/01/2018
dalam Artis, Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KANTOI… Bekas aktor kacak era 1990-an, Boy Iman direman lagi selama dua hari bagi bantu siasatan penipuan projek pembinaan rumah di Ampang melibatkan syarikat berkaitan dengannya.

Perintah reman sehingga esok itu dikeluarkan oleh Penolong Pendaftar Mahkamah Majistret, Roslan Mohd. Nor terhadap beliau atau nama sebenarnya Datuk Noruliman A. Rahman yang juga Pengarah Urusan DBI Properties.

Mantan pelakon berusia 38 tahun itu dibawa oleh pihak polis ke Mahkamah Majistret Ampang dekat ibu negara pada Rabu  bagi membantu siasatan kes komersial tersebut di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Media tempatan melaporkan, Boy Iman dipercayai kemungkinan besar bertanggungjawab dalam menyebabkan kerugian besar oleh beberapa mangsa dalam projek hartanah melibatkan pembinaan rumah banglo.

Difahamkan, sejumlah mangsa yang menetap di sekitar Ampang terpaksa mengalami kerugian sehingga mencecah puluhan ribu ringgit dan mereka telah membuat laporan polis terhadap pelakon telefilem Blok 404 itu.

Pada 3 Oktober tahun lalu, Boy Iman ditahan bersama dua pemilik syarikat Juta Kelulut Global Resources dalam dua tangkapan berasingan di Balai Polis Bukit Indah, Ampang dan sebuah kondominium di Setapak.

Ketiga-tiga suspek berusia antara 29 hingga 45 tahun itu ditahan berhubung penipuan projek pembinaan rumah banglo yang melibatkan jumlah kerugian sehingga RM6.2 juta. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: Boy ImanDBI PropertiesNoruliman A. Rahman
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Semua Kementerian Di Sabah Sudah Tandatangani IBR

Next Post

“Bayar Balik Pinjaman Mara Ikut Kadar Lama”

Related Posts

Farid Kamil, Boy Iman Ditarik Balik Gelaran Datuk

10/02/2021
0

KUANTAN - Pelakon, Farid Kamil Zahari dan Boy Iman atau Noruliman A Rahman antara lima individu yang ditarik balik gelaran...

MED Nafi Terlibat Dalam Program Boy Iman

24/12/2019
0

KUALA LUMPUR - Kementerian Pembangunan Usahawan (MED) hari ini menafikan penglibatan dalam program Fingo Star anjuran Fingo (M) Sdn. Bhd....

Next Post

"Bayar Balik Pinjaman Mara Ikut Kadar Lama"

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd