Monday, April 29, 2024

Creating liberating content

Lori Terbalik, Pemandu Maut,...

Gombak : Pemandu lori maut manakala penumpang parah dalam kejadian kemalangan di Kilometer...

Peminat Tegar Marah Neelofa...

EKORAN isu panas yang berlaku keatas Noor Neelofa yang mengadakan majlis pelancaran koleksi...

10 Minit Bantuan Kecemasan...

KUALA NERUS - Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Terengganu memberi jaminan sebarang kecemasan...

Tiada Niat Cederakan Atau...

KUALA LUMPUR - Pegawai Operasi Cawangan Jenayah Berat (D9) Inspektor S. Hare Krishnan...

Tiada Diskriminasi Terhadap Minyak Sawit – Perancis

KUALA LUMPUR – Perancis menyokong pendekatan tiada sekatan dan tiada diskriminasi terhadap minyak sawit di peringkat nasional dan di peringkat Kesatuan Eropah (EU), kata seorang menteri Perancis hari ini.

Menteri Pertahanan Perancis, Florence Parly memberitahu demikian kepada Datuk Seri Najib Tun Razak apabila beliau bertemu dengan Perdana Menteri di pejabat beliau di Putrajaya pagi tadi.

“Beliau (Najib) membangkitkan soal minyak sawit dan saya memberitahu beliau bahawa kerajaan Perancis memahami sepenuhnya kepentingan minyak sawit bagi ekonomi Malaysia terutama bagi pembangunan luar bandar.

“Beliau memberitahu Najib bahawa Malaysia boleh mengharapkan sokongan Perancis dalam isu ini dan menyifatkan pertemuan dengan Perdana Menteri sebagai amat berhasil dalam dalam konteks membincangkan semua isu.

Parly berkata demikian semasa sidang media bersama dengan rakan sejawannya dari Malaysia Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein selepas menghadiri mesyuarat Jawatankuasa Tertinggi Pertahanan Bersama Malaysia-Perancis (DJHSC) Ke-4 di Wisma Perwira, di sini hari ini.

Parly berkata Perancis ingin bekerjasama dengan negara-negara pengeluar bagi menggalakkan kemampanan dalam sektor ini demi memanfaatkan semua pihak dan dalam semangat dialog dan kerjasama penuh.

Resolusi oleh Parlimen EU pada 17 Jan melalui Arahan Tenaga Boleh Diperbaharui, menghendaki hanya minyak sawit yang dihasilkan melalui kaedah kemampanan boleh diimport ke pasaran EU selepas 2020.

Menyentuh perkara lain, Parly berkata Perancis dan Malaysia sama-sama melahirkan kebimbangan mengenai ancaman terhadap order global termasuk keganasan, cabaran kepada undang-undang laut antarabangsa dan pertahanan siber.


Menurut Parly, kedua-dua negara juga berkongsi visi tentang bagaimana untuk menangani cabaran-cabaran ini, memupuk kerjasama antarabangsa, multilateralisme dan dialog antara pihak-pihak.

Beliau berkata kerjasama ketenteraan Malaysia dan Perancis adalah kukuh dan pelbagai sambil menambah latihan peperangan anti kapal selam baru-baru ini antara kapal pembinasa Perancis, “Auvergne” dan kapal selam Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), KD Tun Razak mempamerkan bukan sahaja kemahiran luar biasa dan profesionalisme TLDM tetapi juga kerjasama peringkat tinggi antara kedua-dua tentera laut.

“Malaysia ialah satu-satunya rakan kami di rantau ini yang kami menjalankan latihan sedemikian pada masa ini. Latihan tersebut telah diadakan sebanyak dua kali dalam tempoh dua tahun yang lalu,” kata Parly.

Selain itu, Parly berkata misi latihan skuadron sekolah Tentera Laut Perancis, “Jeanne d’ Arc” akan melawat Malaysia tahun ini selain menawarkan peluang-peluang baharu untuk angkatan tentera mereka mengadakan latihan dua hala.

Sementara itu, Hishammuddin berkata kedua-dua mereka bersetuju untuk mengukuhkan kerjasama tentera dengan tentera melalui latihan dua hala dan interaksi dari semasa ke semasa.

Beliau berkata,oleh kerana kedua-dua negara mempunyai kepentingan bersama dan menghadapi isu-isu yang sama, pertukaran antara kedua-dua anggota angkatan tentera adalah penting untuk meningkatkan keupayaan dan mempertingkatkan saling kebolehoperasian. – BERNAMA

Kategori