• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

“Terima Kasih Malaysia Sebab Jumanji Laris” – The Rock

oleh
03/01/2018
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

LOS ANGELES – Aktor The Rock memuat naik video beliau terharu filem sekuel Jumanji berjaya disenaraikan sebagai ketiga terlaris di Malaysia walhal ia baru memasuki minggu kedua tayangan.

Malaysia ujar pelakon utama filem Jumanji: Welcome to The Jungle itu menerusi satu video yang dimuat naik di laman Instagram miliknya merujuk negara Asia tenggara tersebut mempunyai tempat istimewa dalam hatinya.

“Terima kasih Malaysia! #Jumanji sudah menjadi filem ketiga paling laris, mungkin juga nanti boleh jadi filem yang terlaris, siapa tahu? Saya dan Malaysia sudah ‘kenal’ lama sejak zaman saya sebagai ahli gusti dahulu.

“Malah ada beberapa aksi pertarungan (perlawanan gusti) yang tidak dapat dilupakan di Kuala Lumpur, selamanya saya berterima kasih atas sokongan anda semua,” kata The Rock atau nama sebenarnya Dwayne Johnson.

Menerusi laman sosial itu, antara negara lain yang menerima penghargaan daripada bekas ahli gusti profesional popular Amerika Syarikat sejak 1996 tersebut ialah Mexico, Perancis, Indonesia dan Emiriah Arab Bersatu.

Terkenal dengan imej ahli gusti bersih, The Rock, 45, mula menjadi aktor drama televisyen pada 1999 sebelum berlakon filem menerusi The Mummy Returns pada 2001 selain sebagai hos program kanak-kanak dan komedi.

Setakat 1 Januari lalu, sekuel Jumanji terbaharu dengan bajet kira-kira RM402 juta itu sudah mencatatkan kutipan ‘pecah panggung’ lebih RM1.4 bilion sejak mula ditayangkan di seluruh dunia pada 14 Disember lepas.

Diadaptasi daripada buku fantasi kanak-kanak judul yang sama keluaran 1981, sekuel pertama Jumanji diterbitkan pada 1995 lalu dengan kos RM261 juta dan pulangan kutipan RM1.06 bilion. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: Dwayne JohnsonJumanjithe rock
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Video The Rock Tanya ‘Apa Khabar” Cetus Tular

13/04/2018
0

BUAT peminat tegar pelakon popular Dwayne Johnson, pasti anda teruja dengan perkongsian video terbaharu yang dimuat naik menerusi laman sosialnya....

The Rock Gesa Lelaki Luah Masalah Kemurungan

03/04/2018
0

LOS ANGELES - Pelakon popular Hollywood, Dwayne Johnson, semalam mengaku bergelut dengan kemurungan selepas melihat ibunya cuba membunuh diri. Beliau...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd