Sunday, May 12, 2024

Creating liberating content

Beego Bebas Tuduhan Berkhalwat...

PELAKON Beego dan dua rakannya didapati tidak bersalah oleh Mahkamah Rendah Syariah Gombak...

Perak Bakal Bina Lapangan...

IPOH- Perak bakal membina sebuah lapangan terbang baharu bagi merancakkan lagi sektor pelancongan dan industri di seluruh negeri, kata Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir.Beliau berkata kerajaan negeri sudah membuat perbincangan awal, perincian serta penelitian berhubungperkara itu."Apabila (lapangan terbang) sudah pasti, saya akan umumkan, apa yag boleh saya...

SPR Mesyuarat Esok Tentu...

PUTRAJAYA - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengadakan mesyuarat khas pada 10 pagi...

Baru Temuduga, Belum Lagi...

KECOH dunia hiburan tanah air apabila sebuah portal tempatan melaporkan pelawak Shamsul Ghau...

Terima Banyak ‘Dislike’, Sajat Akui Tak Kisah Pun

PENGASAS Let’s Cantik Skincare, Nur Sajat mengakui tidak terkesan dengan kecaman dan jumlah ‘dislike’ yang diterima di YouTube menerusi muzik video terbaru, Abang Nak Tegur 3.0.

Malah usahawan ini berkata, beliau sama sekali tidak mengambil pusing berhubung perkara itu kerana merasakan jumlah tontonan adalah lebih penting berbanding like atau dislike.

“Sejujurnya, saya tak risau tentang hal itu kerana kita tak boleh nak paksa orang suka lagu kita. Apa yang penting jumlah tontonan tinggi.

“Pelik, walaupun orang tak suka saya, tapi mereka tetap nak tengok apa saya buat!,” katanya dipetik mStar Online.

Ditanya mengenai kecaman segelintir netizen terhadap video klip berkenaan, Sajat berkata, beliau mengabaikan sahaja komen negatif itu selain mengakui sudah buat sehabis baik.

“Setelah dipelawa Datuk Aliff dan KRU untuk menyanyi lagu ini, saya cuba-cuba sahaja lah. Saya bukan nak serius sangat dalam bidang ini.


“Saya hanya buat kerja dan selebihnya ditentukan oleh pendengar dan penonton di luar sana. Komen-komen negatif, abaikan sahaja.

“Saya sudah buat yang terbaik dan apa yang ditunjuk itu adalah hasil sepanjang penggambaran kami di Sepanyol,” ujarnya.

Sehingga kini muzik video, Abang Nak Tegur 3.0 sudah ditonton lebih 100,000 kali sekal igus menjadi trending nombor satu di laman YouTube, sejak dimuat naik pada Selasa. – MYNEWSHUB.CC/AM

Kategori