• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, April 18, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Terengganu Negeri Pertama Dapat MyBas Elektrik

oleh Ahmad Albab
18/01/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA TERENGGANU – Sebanyak lapan bas elektrik akan diterima negeri ini sekali gus menjadikan Terengganu sebagai negeri pertama menggunakan myBAS elektrik menerusi skim Transformasi Perkhidmatan Bas Berhenti-henti (SBST).

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nancy Shukri berkata operasi bas di Kuala Terengganu itu dijangka bermula April, merangkumi tujuh laluan utama dan satu laluan pengantara dengan jumlah keseluruhan jarak 235.9 kilometer.

“Langkah ini seiring dengan komitmen Malaysia untuk menurunkan kadar pelepasan karbon ke alam sekitar hingga 45 peratus pada 2030, dengan inisiatif penggunaan kenderaan cekap tenaga,” katanya.

Beliau berucap pada Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) kontrak Pengendali Perkhidmatan dan Pra-Pelancaran myBas Kuala Terengganu antara Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) dengan MARA Liner Sdn. Bhd.

SPAD diwakili Ketua Pegawai Eksekutifnya, Mohd Azharuddin Mat Sah manakala MARA Liner Sdn. Bhd. diwakili Ketua Pegawai Operasinya, Zahrail Affenday Mohamed dan majlis disaksikan Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman.

Katanya program myBAS Kuala Terengganu melibatkan keseluruhan 30 bas, namun sebagai permulaan sebanyak 11 bas akan disediakan termasuk empat bas elektrik.

“​​​Atas inisiatif kerajaan, rakyat Terengganu bukan sahaja dapat menikmati kadar tambang yang berpatutan iaitu serendah 90 sen hingga RM2.50, malah pada masa sama turut menikmati perkhidmatan bas selesa, bercirikan moden serta mesra alam.

“Diskaun sebanyak 50 peratus juga diberikan kepada pelajar sekolah, orang kelainan upaya (OKU) dan warga emas,” katanya.

Nancy berkata operasi myBAS Ipoh, Perak yang dilancarkan pada 1 Jun 2016 hingga Mac tahun lalu mencatatkan jumlah pengguna mencecah 116, 705 penumpang sebulan, berbanding 86,263 pada bulan pertama ia beroperasi sepenuhnya.

Katanya rekod tersebut amat menggalakkan dan beliau yakin perkhidmatan itu akan mendapat sambutan sama di negeri ini serta merancang untuk diperluaskan ke negeri lain, berkemungkinan di Johor tidak lama lagi.

Kerajaan Persekutuan memperkenalkan SBST di tiga ibu negeri bagi memperbaiki akses di kawasan tumpuan dan Terengganu merupakan negeri keempat ia dilaksana dan yang pertama di Pantai Timur.

“Secara keseluruhannya perkhidmatan myBAS di Kangar, Seremban dan Ipoh telah merekodkan jumlah penumpang kumulatif sebanyak 9.3 juta atau 400,000 penumpang sebulan dengan operasi di 51 laluan merentasi 1,434 km.

“SPAD merupakan pihak berkuasa yang merancang kawasan liputan, kos operasi dan akan menerima semua kutipan tambang. Sebagai balasan, pengendali perkhidmatan akan dibayar dengan kadar berdasarkan setiap kilometer perjalanan setiap bas serta pematuhan terhadap mutu perkhidmatan yang dipersetujui demi kebajikan pengguna,” katanya. – BERNAMA

Tags: MyBasSPAD
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

GTSM Dakwa Wujud Unsur Rasuah Dalam SPAD

28/05/2022
0

SHAH ALAM - Gabungan Teksi Malaysia (GTSM) mendakwa wujud unsur rasuah yang dilakukan pihak tertentu dalam Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat...

9 Penguat Kuasa Didakwa 164 Pertuduhan Rasuah

28/05/2019
0

SEBERANG PERAI - Sembilan anggota penguat kuasa dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Khas Rasuah Butterworth di sini hari ini atas pertuduhan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd