• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, April 18, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tembok Berkos RM300,000 Atasi Longkang Runtuh

oleh AK-47
17/01/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KULIM – Pembinaan tembok penahan yang menelan kos RM300,000 kini giat dijalankan bagi menyelesaikan masalah longkang konkrit yang runtuh di Taman Bersatu di sini pada November tahun lalu akibat banjir.

Anggota Dewan Undangan Negeri Kulim, Chua Thiong Gee berkata tembok penahan sepanjang 114 meter itu dijangka siap sebelum perayaan Tahun Baharu Cina nanti.

“Ini adalah antara cara untuk melindungi longkang konkrit itu daripada terus runtuh terutama ketika berlaku hujan lebat dan banjir.

“Bagi kerja pembinaan ini, kita telah bekerjasama dengan Majlis Perbandaran Kulim dan Jabatan Kerja Raya bagi mempercepat kerja baik pulih memandangkan ia sudah lama menimbulkan masalah kepada penduduk,” katanya ketika ditemui pemberita ketika melawat kawasan runtuhan tersebut hari ini.

Beliau turut meminta penduduk bersabar sepanjang kerja baik pulih tersebut dijalankan.

Dalam pada itu, Chua menggesa masyarakat yang mempunyai masalah agar membuat aduan kepada pihak sepatutnya dan bukan menularkan perkara tersebut menerusi media sosial.

“Masyarakat juga perlu faham, kadangkala kita mengambil masa untuk menyelesaikan aduan kerana perlu tunggu peruntukan untuk selesaikanya,” katanya. – BERNAMA

Tags: Longkang Runtuh
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

No Content Available
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd