• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tampil Gaya Boyish, Ara Kecewa Penampilan Dipersoal

oleh
21/01/2018
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PENYANYI kelahiran program Akademi Fantasia 2016, Ara Johari sememangnya dikenali dengan imej santainya dan ringkas.

Disebabkan imej itu, ramai yang mempertikaikannya kerana bagi mereka, Ara merupakan seorang penyanyi dan dia tidak sepatutnya berpakaian seperti itu.

Namun bagi Ara atau nama sebenarnya, Nurfarrah Izzatie Johari, 21, dia sangat selesa dengan imej santai dan ranggi dengan hanya memakai jeans atau kemeja serta tidak bersolek.

“Cabaran paling sukar setelah saya ceburi bidang seni adalah apabila orang mula menghakimi perwatakan saya. Memanglah penampilan saya agak kasar, tetapi naluri kewanitaan itu tetap ada.

“Walaupun saya tidak berapa gemar mengenakan gaun labuh atau bersolek tebal, ia tidak bermakna saya mahu menjadi lelaki,” katanya dipetik daripada BH Online.

Orang luar yang melihat bagaikan sudah mempunyai pemikiran yang mana jika seorang selebriti wanita itu dikenali, dia perlu sentiasa mengenakan pakaian dress dan bersolek ketika keluar daripada rumah.

“Saya akui, memang ada pihak yang mahu melihat saya mengubah cara berpakaian dan menyimpan rambut panjang, tetapi untuk apa saya berbuat demikian jika hakikatnya itu bukan diri saya?

“Namun begitu, saya tetap akan tampil bergaya seperti seorang wanita jika kena pada tempatnya, seperti majlis anugerah yang besar,” tambahnya lagi.

Ara ketika mula dikenali sememangnya tampil dengan gaya bersahaja dan tidak sepeti penyanyi yang lain kerana dia lebih selesa dengan imej ringkas.

Bagaimanapun, penyanyi lagu Bunga itu akan mengekalkan imejnya yang kini kerana mahu peminat membezakan dirinya dengan penyanyi yang lain.

“Apabila tampil dengan imej sebegini, sekurang-kurangnya peminat dapat membezakan antara saya dengan penyanyi wanita lain. Kalau semua bergaya sama, tak adalah keistimewaannya,” ujarnya lagi.

Dalam masa yang sama, Ara turut memberitahu bahawa pihak pengurusannya langsung tidak pernah mempersoal perkara itu mahupun memaksa supaya dia menukar imej pakaianna dan itu membuatkan penyanyi itu berasa lega.

Soal pakaian ini tidak menjadikan masalah jika selebriti itu sendiri tahu membezakan mana yang betul dan mana yang salah serta menjadi contoh yang baik kepada peminat. – MYNEWSHUB.CC/AH

Tags: Akademi Fantasia 2016Ara Johariimej
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Artis Mustaqim, Ara Johari Rayu Pilih BN

Artis Mustaqim, Ara Johari Rayu Pilih BN

07/11/2022
0

SEPANG : Dua artis tempatan yang baru meningkat naik turut teruja mengiringi calon Barisan Nasional (BN), Anuar Basiran berkempen untuk...

Tunggu 4 Tahun Lagi Baru Ara Johari Fikir Tentang Itu!

18/12/2018
0

PENYANYI Ara Johari memberitahu dia meletakkan sasaran empat tahun lagi untuk mula serius memikirkan soal jodoh. Menurut Ara, 21, buat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd