• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tahniah… Fizz Fairuz Kini Bergelar Datuk

oleh
27/01/2018
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SETINGGI-TINGGI tahniah diucapkan buat pelakon terkenal, Fizz Fairuz atas pengurniaan Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) yang membawa gelaran Datuk di Istana Abu Bakar, Pekan hari ini.

Suami kepada aktres Almy Nadia itu merupakan antara 197 individu yang tersenarai sebagai penerima darjah kebesaran dan pingat sempena Istiadat Memuliakan Ulang Tahun Hari Keputeraan Sultan Pahang.

Memetik laporan portal Astro Awani, istiadat berkenaan disempurnakan oleh Pemangku Raja Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah.

Mendahului senarai penerima adalah Adinda Sultan Pahang, Tengku Datuk Nor Akmar Sultan Abu Bakar yang menerima Sri Sultan Ahmad Shah Pahang (SSAP) membawa gelaran Datuk Seri.

Seterusnya diikuti pula 20 lagi individu lain termasuk Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti Bukit Aman, Datuk Tajudin Md. Isa dan Ahli Dewan Negara, Datuk Dr Hou Kok Chung.

Juga Hakim Besar Malaya, Tan Sri Ahmad Maarop dan Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia, Datuk Shahruddin Khalid.

Di samping itu, Tengku Abdullah berkenan mengurniakan tiga individu menerima Darjah Sri Indera Mahkota Pahang (SIMP) yang membawa gelaran Datuk Indera.

Mereka ialah Pegawai Kemajuan Negeri Terengganu, Datuk Nik Nasarudin Mohd Zawawi; Pengarah Bahagian Perkhidmatan Jabatan Perkhidmatan Awam, Datuk Noridah Abdul Rahim dan Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Khairul Dzaimee Daud.

Dalam majlis itu juga, tujuh individu pula menerima pingat Setia Ahmad Shah Pahang (SAP) manakala 17 penerima pingat Setia Mahkota Pahang (SMP).

Selain itu baginda juga berkenan mengurniakan pingat Ahli Ahmad Shah Pahang (AAP) kepada 11 individu, pingat Ahli Mahkota Pahang (AMP) kepada 16 penerima, 15 penerima bagi Pingat Khidmat Cemerlang (PKC), Pingat Kelakuan Terpuji (PKT) dan Pingat Jasa Kebaktian.

Sementara itu, antara selebriti terkenal yang pernah menerima darjah kebesaran daripada kerabat diraja Pahang sebelum ini adalah komposer Ramli MS, penyanyi, Datuk Seri Siti Nurhaliza, dan pelakon, Datuk Adi Putra. – MYNEWSHUB.CC/AM

Tags: Fizz Fairuz
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Ahli Perniagaan Mengaku Tak Bersalah Tipu Fizz Fairuz

27/07/2021
0

KUALA LUMPUR – Seorang ahli perniagaan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan menipu pelakon...

Fizz Fairuz Lapor Polis Akaun Gosip Makcik Puaka

17/04/2019
0

KUALA LUMPUR - Selepas tujuh hari memberi tempoh permohonan maaf kepada pengendali akaun gosip Makcik Puaka atas tuduhan menyebar fitnah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd