• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 19, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Switzerland Larang Didihkan Udang Galah Hidup

oleh Ahmad Albab
17/01/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PRIHATIN… Switzerland mengharamkan amalan masakan yang lazimnya meletakkan udang galah segar ke dalam air didih sebagai sebahagian daripada undang-undang untuk melindungi binatang.

Peraturan baharu itu diwartakan secara rasmi oleh pihak kerajaan pada Rabu minggu lalu namun ia akan hanya dikuatkuasakan mulai Mac ini.

Ia bermakna udang galah ini tidak boleh lagi diangkut di dalam ais dan sebaliknya mesti sentiasa disimpan dalam persekitaran semula jadinya.

Switzerland bukanlah satu-satu negara Eropah yang cuba melindungi udang galah daripada perbuatan kejam, iaitu mendidihkan udang itu dalam air mendidih, seperti yang diperkatakan oleh aktivis.

Itali antara negara yang melaksanakannya mulai Jun lalu, ia tidak boleh disimpan di dalam ais di restoran kerana dianggap menyebabkan kesengsaraan kepada udang sebelum menuju ke bilik makan di restoran.

Pada April tahun lepas, seekor udang galah telah diselamatkan daripada dimasukkan ke dalam periuk memasak oleh seorang nelayan.

Udang itu adalah udang galah yang jarang ditemui dan merupakan satu dalam 30 juta udang galah berwarna oren. – MYNEWSHUB.CC

Tags: Switzerlandudang galah
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Euro 2020: Switzerland Singkir Perancis

29/06/2021
0

BUCHAREST - Kylian Mbappe gagal menyempurnakan penalti penting ketika Switzerland mengejutkan juara dunia Perancis pada saingan Euro 2020 di sini,...

Najib Tak Pergi Ke Switzerland Untuk Bawa Balik Wang SRC

14/04/2021
0

PUTRAJAYA - Mahkamah Rayuan hari ini mendengar bahawa bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak tidak pergi ke Switzerland untuk...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd