• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Suspek Kes Samun Kedai Emas Maut Ditembak

oleh Ahmad Albab
06/01/2018
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Seorang lelaki dipercayai terlibat dengan beberapa kes samun kedai emas sekitar Lembah Klang maut ditembak selepas suspek itu melepaskan tembakan ke arah polis dalam kejadian di Taman Connaught, Cheras, di sini, semalam.

Menurut sumber polis, dalam kejadian kira-kira 10.30 malam itu, sepasukan polis daripada Pasukan Petugas Khas Jenayah Terancang (STAFOC) Bukit Aman dan Bahagian Siasatan Jenayah Berat (D9) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur telah mengesan suspek yang memandu kereta Perodua Myvi di lokasi kejadian.

Katanya, suspek diminta untuk memberhentikan kenderaan bagi tujuan pemeriksaan, namun lelaki berkenaan enggan memberikan kerjasama dan melepaskan tembakan ke arah polis.

“Polis terpaksa melepaskan tembakan bagi mempertahankan diri dan suspek maut di lokasi kejadian,” katanya di sini, hari ini.

Katanya, polis turut menemukan sepucuk pistol dalam kenderaan lelaki itu.

Siasatan awal mendapati suspek berusia 20-an itu mempunyai rekod jenayah lampau dan dikehendaki polis atas beberapa kesalahan termasuk memiliki senjata api dan cubaan samun, katanya. – BERNAMA

Tags: kes samun
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Video Tular Lelaki Berdarah: 4 Ditahan Kerana Samun Hingga Mendatangkan Kecederaan

Video Tular Lelaki Berdarah: 4 Ditahan Kerana Samun Hingga Mendatangkan Kecederaan

08/11/2025
0

KUALA LUMPUR: Empat ditahan susulan video tular yang memaparkan seorang lelaki berlumuran darah yang dikatakan berlaku di Wangsa Maju pada...

Suspek Mati Ditembak Polis: Dikehendaki Kes Samun, Tokan Dadah

Suspek Mati Ditembak Polis: Dikehendaki Kes Samun, Tokan Dadah

16/03/2025
0

Kuala Terengganu: Lelaki yang ditembak mati di Besut pagi semalam dipercayai terbabit dalam sindiket pengedaran dadah di negeri ini dan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd