Saturday, October 5, 2024

Creating liberating content

Masalah Lalat Akibat Sistem...

SEREMBAN - Kerajaan Negeri Sembilan mengenal pasti masalah lalat yang serius di beberapa...

Letusan Lahar Gunung Berapi...

HAWAII - Letusan terbaharu dari Gunung Berapi Kilauea menyebabkan limpahan lahar yang boleh...

Tidak Wujud Sikap ‘Touch...

KUALA LUMPUR - Tidak wujud sikap 'touch and go' dalam pelaksanaan Program Pemerkasaan...

ePassport Malaysia Diiktiraf Dokumen...

KUALA LUMPUR - Jabatan Imigresen Malaysia menerima Anugerah Dokumen Pengenalan Diri Serantau Terbaik...

Suruhanjaya Islam-Kristian Beri Amaran Kepada Israel

RAMALLAH – Suruhanjaya Islam-Kristian yang menyokong Baitulmaqdis dan tempat-tempat suci memberi amaran kepada Israel berhubung kempen berterusan rejim Zionis itu.

Ini termasuk usaha berterusan pemerintah negara haram berkenaan untuk cuba meyahudikan Baitulmaqdis serta menukar identiti Arab di bandar tersebut, lapor agensi berita Jordan, Petra.

Dalam satu kenyataan pada Khamis, suruhanjaya itu mengutuk pihak berkuasa pendudukan Israel kerana mula melaksanakan satu pelan untuk bina jambatan pejalan kaki di pekan Silwan, terletak di selatan Masjid Al- Aqsa.

Setiausaha Agung suruhanjaya itu, Hanna Issa, menggesa komuniti antarabangsa memberi perhatian kepada situasi berbahaya di bandar Baitulmaqdis yang diduduki rejim Israel, terutama di Masjid Al-Aqsa.

Beliau berkata kerja-kerja penggalian di Silwan dan di bawah Masjid Al-Aqsa baru-baru ini adalah sebahagian daripada rancangan yang lebih komprehensif Israel untuk mewujudkan “Greater Jerusalem.” – BERNAMA

Kategori