KUALA LUMPUR – Sunsuria Bhd bercadang untuk mempelbagaikan aktiviti utama sedia adanya iaitu pembangunan hartanah bagi merangkumkan juga perniagaan pembinaan dan yang berkaitan.
“Ketika ini, syarikat terlibat khususnya dalam perniagaan pegangan pelaburan, pembangunan hartanah, pelaburan hartanah, landskap dan pusat semaian serta pengurusan perkhidmatan,” menurut syarikat itu dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia hari ini.
Sunsuria berkata, syarikat berhasrat untuk mempelbagaikan aktiviti kepada perniagaan pembinaan dan yang berkaitan menerusi pemerolehan projek pembinaan. – BERNAMA