Sunday, April 28, 2024

Creating liberating content

Badan Perhubungan PAS Selangor...

KUALA LUMPUR - Badan Perhubungan PAS Selangor akan mengambil alih semua kawasan PAS...

Risda Kerjasama LGM Salur...

PADANG BESAR - Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (Risda) akan bekerjasama...

Jambatan Labuan-Menumbok Dijangka Siap...

LABUAN - Jambatan Labuan-Menumbok yang menghubungkan pulau bebas cukai ini dengan tanah besar...

BACA! Kisah Dana RM2.6...

"Saya ragu-ragu Najib bertindak kurang bijak dengan memasukkan dana yang dicurinya ke dalam...

Sultan Kedah Dikurniakan Darjah Kerabat Selangor

SHAH ALAM – Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah mengurniakan Darjah Kerabat Yang Amat Dihormati (D.K.) kepada Sultan Kedah Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah dalam satu majlis di Istana Bukit Kayangan di sini hari ini.

Darjah kebesaran itu dikurniakan sempena Hari Keputeraan ke-72 Sultan Selangor pada 11 Dis lepas.

Turut berangkat ke upacara pengurniaan itu ialah Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin, Sultanah Kedah Sultanah Maliha Tengku Ariff, Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah dan Raja Muda Kedah Tengku Sarafudin Badlishah.

Hadir sama, Menteri Besar Kedah Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah dan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor Datuk Mohd Amin Ahmad Ahya.

Sultan Sallehuddin dimasyhurkan sebagai Sultan Kedah yang baharu pada 12 Sept tahun lalu, berikutan kemangkatan kekandanya Almarhum Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah sehari sebelum itu.

Darjah Kerabat Yang Amat Dihormati adalah Darjah Kebesaran tertinggi Negeri Selangor Darul Ehsan.


Darjah Kebesaran itu yang telah dizahirkan pada tahun 1961 mengandungi seutas Kalung, Lencana Kalung, Bintang Darjah, Selepang dan Lencana Selepang.

Darjah ini dikurniakan kepada kaum Kerabat Diraja di Malaysia selain kepada raja-raja negara lain sebagai tanda penghormatan dan persahabatan yang akrab dengan Sultan Selangor.

Bilangan maksimum keseluruhan keahlian Darjah itu ialah 25 orang. – BERNAMA

Kategori