KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedang mengesan tiga individu bagi membantu siasatan tiga kes rasuah.
SPRM dalam kenyataan berkata, individu berkenaan dikenali sebagai Nasruddin Ismail, 51, bernombor kad pengenalan 660830-01-5521 beralamat di No 1502, Jalan Tbk 7/9 Kepayang Heights, 70200, Seremban, Negeri Sembilan.
Mana-mana individu yang mengenali atau mempunyai maklumat mengenai Nasruddin boleh menghubungi pegawai SPRM, Mohd Nadzri Yahya di talian 012-5849633, menurut kenyataan itu.
Suruhanjaya itu juga sedang mengesan individu dikenali sebagai Mohd Yazid Jaafar, 57, bernombor kad pengenalan 600711-01-5583 dengan alamat terakhir di No. 32A, Jalan Putra Mahkota 7/4B, Putra Height, 47650, Subang Jaya, Selangor dan No 1-10/4A, Putra Height, Subang, 47650, Selangor.
“Orang ramai yang mengenali atau mempunyai maklumat mengenai individu berkenaan diminta menghubungi pegawai SPRM, G. Sharan Raj di talian 03-8870 0357,” kata kenyataan itu.
Menurut kenyataan itu, individu ketiga yang dikesan ialah Nor Azman Mohamed Kamal, 46, bernombor kad pengenalan 720702-71-5197 dan beralamat di No 11, Lorong 2, Desa Melayu Majidi Baru, 81100, Johor dan Lot 1614, Jalan Sungai Putus, Kampung Batu Belah, 42100 Klang, Selangor.
Sehubungan itu, SPRM meminta sesiapa yang mengenali atau mempunyai maklumat mengenai Nor Azman boleh menghubungi pegawai SPRM, Mohd Johafizie Johari di talian 03-8870 0475 atau 014-5155977. – BERNAMA

