Sunday, March 3, 2024

Creating liberating content

Cikgu Dibuang Kerja Lepas...

SEORANG pembantu guru di sebuah sekolah rendah di County Durham, England, Gemma Laird...

KAFA Putuskan Kekal Bersaing...

KOTA BHARU - Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) akan memutuskan sama ada kekal...

Malaysia Sedia Kongsi Kejayaan...

BAGAN DATUK - Malaysia sedia menjadi tuan rumah persidangan antarabangsa deradikalisasi dalam menangani...

Bekas Penyampai Berita RTM...

KUALA LUMPUR - Bekas penyampai berita RTM Datin Salasiah Zakaria meninggal dunia akibat...

Skuad Wanita Jadi Taruhan Raih Emas Sukan Asia 2018

KUALA LUMPUR – Kongres Tenpin Boling Malaysia (MTBC) mempertaruhkan skuad wanita negara yang merangkul pingat emas pada Kejohanan Boling Dunia di Las Vegas, Disember lalu, bagi menghadirkan pingat emas buat Malaysia pada ​​Sukan Asia 2018 di Indonesia, Ogos ini.

Setiausaha MTBC Maradona Chok berkata 12 atlet, masing-masing enam lelaki dan enam wanita akan memikul cabaran negara pada temasya sukan terbesar Asia itu.

“Kita akan mengambil bahagian dalam semua tiga kategori dipertandingkan iaitu trio, enam sepasukan dan masters,” katanya kepada pemberita selepas mesyuarat Jawatankuasa Pemilihan Majlis Olimpik Malaysia (MOM) di sini hari ini.

Beliau berkata harapan sudah semestinya diletakkan kepada pasukan wanita yang dibarisi Shalin Zulkifli, Siti Safiyah Amirah Abdul Rahman, Syaidatul Afifah Badrul Hamidi, Sin Li Jane dan Natasha Roslan untuk sekali lagi melakar kejayaan yang sama di Indonesia.

“Bagi pasukan lelaki, kita berada di kedudukan keenam dunia dan ia perkembangan yang baik. Kita juga mengharapkan pasukan lelaki mampu mencipta kejayaan manis di Indonesia,” katanya.


Sementara itu, Maradona berkata MTBC akan mengadakan pemilihan bagi mengisi slot pemain simpanan tetapi kemungkinan besar pemain sama yang mewakili negara di Las Vegas, akan membarisi slot tersebut.

Pada Disember lalu, skuad boling wanita negara mengakhiri penantian 10 tahun Malaysia apabila memenangi pingat emas pada Kejohanan Dunia.

Kali terakhir Malaysia memenangi emas berpasukan pada kejohanan itu adalah pada 2007 di Monterrey, Mexico dan sebelum itu pada 2003 di Kuala Lumpur. – BERNAMA

Kategori