• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Siti Hasmah Tidak Disoal Siasat – Polis

oleh Ahmad Albab
28/01/2018
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali tidak disoal siasat tetapi diambil keterangan secara profesional oleh polis pada Jumaat lepas dengan menghormati kedudukan serta statusnya, berhubung perhimpunan yang dianjurkan tanpa notis pada September 2017.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Seri Wan Ahmad Najmuddin Mohd menarik perhatian bahawa Dr Siti Hasmah sendiri telah membuat kenyataan umum bahawa beliau tidak berhadapan dengan sebarang bentuk intimidasi sepanjang kenyataannya dirakam.

“Polis Diraja Malaysia (PDRM) memandang serius kenyataan-kenyataan berbaur hasutan yang dikeluarkan pihak-pihak yang cuba menangguk di air keruh,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Dr Siti Hasmah sendiri, katanya, bersedia memberikan kerjasama dalam melengkapkan siasatan polis.

Wan Ahmad Najmuddin menegaskan ini merupakan sebahagian daripada proses siasatan polis dan tidak melibatkan sebarang bentuk tekanan daripada mana-mana pihak.

Pada 10 Sept tahun lepas, sekumpulan aktivis wanita dilapor menganjurkan perhimpunan dikenali sebagai ‘Wanita Bantah Politik Toksik’ di ibu negara. Dr Siti Hasmah dilapor memberi ucapan ringkas pada acara itu. – BERNAMA

Tags: Tun Siti Hasmah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Siti Hasmah Minta Orang Ramai Tidak Hantar Hadiah

23/05/2018
0

KUALA LUMPUR - Tun Dr. Siti Hasmah Mohd. Ali berterima kasih kepada orang ramai yang telah menyampaikan mesej dan doa...

Tuduh PM Hina Tun M, Siti Hasmah Pun Melayu ‘Pelupa’?

30/06/2016
0

TUN Siti Hasmah dalam beberapa berita yang dilaporkan hari ini melahirkan rasa sedih kononnya PM sedang menghina Tun Dr M....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd