• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Singapura Haram Filem Palestin Kerana Kutuk Israel

oleh
04/01/2018
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KONFLIK Israel-Palestin akibat pengumuman Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu kota negara haram Yahudi itu kini merebak ke Singapura.

Terbaharu, negara itu yang diketahui pro-Israel bertindak mengharamkan tayangan sebuah karya untuk Festival Filem Palestin Singapura hari ini dengan alasan konon kandungannya tidak seimbang atau berat sebelah pihak.

Menurut laporan stesen penyiaran milik pemerintah, Channel NewsAsia, perintah sekatan diwartakan Penguasa Pembangunan Infokom Media (IMDA) sekali gus mengejutkan pelbagai pihak terutama penganjur festival itu.

Filem Radiance of Resistance yang berdurasi 60 minit itu malahan menerima kategori ‘Tidak Dibenarkan buat Semua Rating‘ (NAR) kerana menurut IMDA konon jalan ceritanya mempunyai “naratif yang tidak seimbang”.

Rating tersebut bermakna bahawa filem berkenaan langsung tidak boleh ditayang ataupun diedar di seluruh Singapura. Ia julung kali dilakukan kerana amat jarang untuk sesebuah filem asing mendapatkan rating NAR.

Lazimnya biar bagaimana seram, ganas atau erotik sesebuah karya termasuk dari luar negara, ia masih lagi boleh ditayangkan dengan suntingan pada babak tertentu serta diberi rating khas iaitu PG, PG13, NC16, M18 atau R21.

“Naratif tidak seimbang dalam filem ini dikenal pasti pihak panel berpotensi untuk memecahbelahkan kaum dan agama yang berbeza di Singapura,” menurut IMDA dalam laman sesawangnya dipetik oleh media tempatan.

Diarahkan penerbit AS yang pernah memenangi banyak anugerah, Jesse Roberts, filem genre dokumentari dalam bahasa Arab itu mengisahkan kehidupan perit dua remaja perempuan tinggal di bawah penjajahan tentera Israel.

Menggunakan latar belakang kawasan penempatan dikenali sebagai Nabi Saleh, di wilayah Palestin, filem tersebut turut memaparkan peranan mereka sebagai generasi baharu gerakan Palestin yang tidak menggunakan kekerasan.

Bagaimanapun menurut kenyataan IMDA, filem tersebut konon meneroka ketegangan antara Palestin-Israel “tanpa memberikan pandangan yang seimbang” daripada sudut perspektif oleh dua remaja Arab Muslim berkenaan.

“Dalam memainkan peranan dua remaja perempuan itu untuk menjadikan sebagai teladan dalam konflik tersebut, filem ini menghasut aktivis untuk meneruskan bantahan terhadap pihak yang dituduh penindas,” dalih IMDA.

Sebelum memberikan rating NAR, panel IMDA menyatakan ia menepati garis panduan yang menyatakan filem itu mewujudkan salah faham atau keadaan tidak harmoni antara kaum, sekali gus dilarang untuk semua jenis rating.

Singapura jalin diplomatik dengan Israel sejak dipisahkan daripada Malaysia pada 1965, namun bulan lalu ketika Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa Bersatu, ia mengundi tolak Baitulmaqdis sebagai ibu kota rejim Zionis itu.

Dalam pada itu, The Projector, ruang panggung wayang yang sepatutnya menayangkan Radiance of Resistance, juga dilaporkan terpaksa batal tayangan filem unik berkenaan dan memohon maaf atas perkara tidak dijangka tersebut.

Sebelum ini pada 2014 lalu, sebuah dokumentari genre politik berjudul To Singapore, With Love oleh penerbit filem Singapura Tan Pin Pin, juga menerima nasib yang sama apabila diklasifikasikan sebagai NAR oleh pihak IMDA.

Filem itu, bercerita kehidupan malang beberapa ahli politik Singapura hidup dalam buangan di Malaysia, dianggap konon “berat sebelah” dan tidak memberi pandangan seimbang kepada penonton. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: IsraelPalestinSingapura
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Perancis Haramkan Itamar Ben-Gvir Masuk Masuk Wilayah Negara Itu

Perancis Haramkan Itamar Ben-Gvir Masuk Masuk Wilayah Negara Itu

23/05/2026
0

OLEH MYNEWSHUB  PARIS – Kerajaan Perancis secara rasmi mengharamkan Menteri Keselamatan Nasional Israel, Itamar Ben-Gvir daripada memasuki wilayah negara itu...

Infrastruktur Telekom Israel Didakwa Diguna Untuk Intip Pengguna Di Lebih 10 Negara Termasuk Malaysia

Infrastruktur Telekom Israel Didakwa Diguna Untuk Intip Pengguna Di Lebih 10 Negara Termasuk Malaysia

05/05/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Satu pendedahan mengejutkan mendakwa infrastruktur telekomunikasi milik Israel telah digunakan secara meluas untuk tujuan pengawasan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd