• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Siak Antara 116 Individu Dalam Op Sarang Di Kuantan

oleh AK-47
26/01/2018
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUANTAN – Seorang siak antara 116 individu yang ditahan dalam Op Sarang yang dijalankan di sekitar daerah ini bermula semalam hingga petang tadi.

Ketua Polis Kuantan ACP Mohamad Noor Yusof Ali berkata lelaki berusia 29 tahun itu yang menjadi siak di sebuah masjid di sini, ditahan dalam serbuan di sebuah premis di Tanah Putih, hari ini.

Turut ditahan seorang remaja berusia 14 tahun, katanya kepada pemberita, di sini hari ini.

Menurutnya kesemua suspek termasuk 11 wanita dipercayai penagih dan pengedar dadah kecil-kecilan, selain kesemuanya positif dadah.

“Dalam operasi bersepadu Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah Kuantan yang melibatkan 160 pegawai dan anggota termasuk Pasukan Khas Taktikal Perisikan Narkotik Bukit Aman itu, polis turut merampas pelbagai jenis dadah bernilai bernilai RM8,730 merangkumi syabu, heroin, yaba, ganja dan ketamin,” katanya.

Menurutnya kesemua mereka yang berumur 14 hingga 50 tahun itu kini ditahan reman sehingga tujuh hari bermula hari ini bagi membantu siasatan beberapa seksyen di bawah Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 3 (1) Akta Penagih Dadah 1983.

Katanya siasatan lanjut akan diadakan bagi mengesan dalang yang terlibat membekalkan dadah kepada pengedar kecil-kecilan dan penagih di daerah ini.

“Dalam operasi yang turut disertai oleh Agensi Antidadah Kebangsaan, Angkatan Pertahanan Awam dan Jabatan Pendaftaran Negara itu, kita turut berjaya merampas dua buah motosikal jenis Honda EX5 dan Yamaha 125Z yang dipercayai motosikal curi,” katanya. – BERNAMA

Tags: ACP Mohamad Noor Yusof AliOp Sarang
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Anggota Forensik IPK Pahang Maut Kemalangan

13/04/2018
0

KUANTAN - Seorang anggota forensik Jabatan Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pahang maut setelah motosikal yang dinaiki terlibat...

Pahang Lawan JDT: Jangan Cetus Provokasi

06/04/2018
0

KUANTAN - Penyokong pasukan bola sepak Pahang dan Johor Darul Ta'zim (JDT) yang akan bertemu di Stadium Darul Makmur di...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd