Thursday, May 2, 2024

Creating liberating content

2 Lelaki Minta Suapan...

SEREMBAN - Seorang penjual percetakan dalam talian dan rakannya direman tiga hari mulai...

KFC Hong Kong Cipta...

SUKA makan ayam goreng Kentucky Fried Chicken (KFC) tapi risau naik berat badan? Bagaimana...

Nabil Bakal Timang Anak...

KUALA LUMPUR - Pelawak dan pengacara, Nabil Ahmad, 34, mengakui teruja apabila doktor...

Lelaki Bawa Singa Bersiar...

KARACHI - Seorang lelaki yang bawa singa betina peliharaannya di belakang kenderaannya dituduh...

‘Showroom’ Kereta Untuk Wanita Sahaja Di Saudi

RIYADH – Sebuah syarikat persendirian telah membuka ruang pameran kereta khusus untuk wanita, lima bulan sebelum keputusan membenarkan wanita Arab Saudi memandu berkuatkuasa.

Premis showroom khas pelanggan wanita yang pertama seumpamanya itu dibuka di sebuah pusat beli-belah di Jeddah, sebuah bandar perdagangan terkenal terletak di barat Laut Merah tidak jauh dari Makkah dan Madinah.

Menurut laporan media Arab Saudi, ia direka untuk membolehkan kaum Hawa dapat masuk dan bebas memilih sebarang model kereta pilihan mereka sendiri dengan lebih selesa tanpa gangguan daripada kaum Adam.

Bilik pameran di kompleks beli-belah Le Mall ini dengan hiasan belon merah jambu dan kuning, malah menawarkan pelbagai pilihan kenderaan daripada pelbagai jenama dan turut dikendalikan oleh petugas wanita sahaja.

Ia juga menyediakan kemudahan pembiayaan disediakan bank dan syarikat kewangan. Pada 27 September 2017 lalu, Raja Arab Saudi, Raja Salman memutuskan supaya wanita negara itu dibenarkan untuk memandu.


Pengumuman baginda tersebut sekali gus menamatkan tradisi konservatif yang sebelum itu dilihat oleh aktivis hak asasi Barat konon sebagai lambang penindasan pentadbiran diraja ke atas warga wanita tempatan.

Beberapa negara seperti di Jepun dan Malaysia telah mewujudkan tren koc wanita sahaja untuk keselamatan dan keselesaan terhadap mereka yang berulang-alik menggunakan perkhidmatan itu. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Kategori