• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Shahrol Shiro ‘Sekolahkan’ Budak Basikal Lajak

oleh
27/01/2018
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

TULAR sebuah rakaman menyaksikan pelawak, Shahrol Shiro membantu seorang budak lelaki jatuh daripada basikal dalam satu kejadian di Kluang, Johor.

Menerusi video yang sedang tular di media sosial tersebut, Shahrol dilihat yang berada di dalam kereta terserempak dengan lima orang budak lelaki menaiki basikal lajak sedang ‘layan’ perasaan turun bukit.

Tidak lama kemudian, salah seorang daripada budak lelaki itu dilihat terjatuh di tengah jalan. Shahrol yang sedar akan insiden itu, segera memberhentikan kereta dan membantu budak lelaki terbabit.

Kejadian itu telah dikongsi oleh Neelofa menerusi laman Instagram miliknya pada Khamis berserta kapsyen ringkas yang mana menasihati para ibu bapa agar sentiasa mengawasi gerak-geri serta kegiatan anak-anak.

“Mula-mula ternampak 5 biji budak-budak basikal lajak tengah layan turun bukit lantas @yusry_tapah mengeluarkan handphone untuk merakam aksi mereka. Tahu-tahu sorang tumbang.

“Dik… Abang tahu hati adik kering. Hati kering biar kena dengan tempat. Kalau abang laju tu, dah tentu awak kat bawah kereta. Confirm abang ke dalam dulu untuk siasatan.

“Kepada ibu bapa, saya minta tolong sangat-sangat pantaulah anak-anak. Mereka adalah harta yang tidak ternilai buat kita. Kepada adik-adik basikal lajak, kalau member tanya “Nak berembat OnxOn??”

“JANGAN KASI ON!!! Adik-adik mampu merubahnya👍 #TaknakBahayakanDiri #MyGeneration #Shiro #Success #Humble #Intelligent#Respect #OrangKampung,” tulis pelawak itu menerusi entri berkenaan.

Perkongsian itu menerima pelbagai reaksi daripada netizen tidak kira sama ada yang berbentuk positif mahupun negatif.

Sehingga kini, rakaman yang mendapat lebih 400,000 tontonan itu terus menjadi perhatian khususnya di laman Instagram dan YouTube. – MYNEWSHUB.CC/AM

Tags: shahrol shiro
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Shahrol Shiro Aktif Berkempen Bantu BN

13/01/2020
0

KIMANIS - Pelawak terkenal, Shahrol Shiro nampaknya semakin menonjolkan diri dengan berkempen mewakili Barisan Nasional (BN). Jika sebelum itu beliau...

Shahrol Shiro Ditamatkan Kontrak Penyampai Suria FM

22/01/2019
0

KUALA LUMPUR - Disebabkan masalah disiplin, pelawak popular Shahrol Shiro ditamatkan kontrak sebagai penyampai radio Suria FM berkuat kuasa pada...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd