• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Seramai 679 Pelajar Ditangkap Terlibat Salahguna Dadah

oleh Ahmad Albab
28/01/2018
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA TERENGGANU – Seramai 679 pelajar telah ditangkap di seluruh negara tahun lepas kerana terlibat dalam penyalahgunaan dadah.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman, Datuk Seri Mohmad Salleh berkata bagi negeri Terengganu, 38 pelajar atau bersamaan lapan peratus ditangkap di bawah kesalahan yang sama sepanjang tempoh tersebut.

“ Walaupun jumlah tangkapan tidak besar jika dibandingkan dengan jumlah pelajar yang ada tetapi ia ditahap merisaukan kerana isu dadah merupakan isu yang sukar ditanggani kerana trend kesalahan dadah setiap tahun berubah-ubah.

“Kalau dahulu kita didedahkan penggunaan dadah jenis ganja, heroin, morfin dan sebagainya tetapi kini ada dadah jenis sintetik seperti pil kuda, syabu, ais dan sebagainya,” kata beliau ketika ditemui media di Majlis Penyampaian Sijil Watikah Pelantikan Pengawas di Sekolah Menengah Kebangsaan Cendering, di sini.

Sementara itu, Mohmad berkata sejak tiga tahun kebelakangan ini dadah jenis New Psychoactive Substances (NPS) iaitu dadah sintetik yang dibuat mengunakan campuran bahan kimia mula dikesan di Eropah.

Beliau berkata, di Eropah hampir 800 jenis jenama yang berunsurkan NPS telah dikenal pasti tetapi di Malaysia, sehingga kini hanya lebih 20 jenis dan yang berdaftar di bawah akta racun hanya tujuh jenis sahaja.

Mohmad berkata dadah jenis baharu itu mudah dijual dalam pelbagai bentuk seperti minuman dan gula-gula dengan harga semurah RM5 berbanding dadah sintetik sebelum ini yang harganya ialah RM30 hingga RM50.

Katanya dadah tersebut dijual dengan harga yang murah kerana pengeluarannya dilakukan dalam kuantiti yang banyak dengan penggunaan kos sedikit, selain mudah mendapatkan bahan-bahan campuran.

“Dadah tersebut boleh meninggalkan kesan kegusaran dan ketakutan pada orang awam kerana mereka yang menambil dadah sebegini akan menjadi berani sehingga boleh mendatangkan kecederaan kepada orang awam,” katanya.

Mengenai kerjasama PDRM dengan pihak sekolah, Mohmad berkata hubungan erat antara kedua-duanya bukan setakat di peringkat negeri tetapi juga kebangsaan bagi menangani masalah jenayah di kalangan pelajar. – BERNAMA

Tags: dadah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pesara Polis Wanita Ditahan Selepas Dikejar Lebih 50KM, Positif Dadah

Pesara Polis Wanita Ditahan Selepas Dikejar Lebih 50KM, Positif Dadah

12/05/2026
0

Oleh Mynewshub  REMBAU – Seorang pesara polis wanita berusia 65 tahun ditahan selepas bertindak melarikan diri daripada polis dalam kejadian...

‘Ini bukanlah isu perkauman, kerana sesiapa sahaja boleh menjadi mangsa’ – MCA

‘Ini bukanlah isu perkauman, kerana sesiapa sahaja boleh menjadi mangsa’ – MCA

30/03/2026
0

KUALA LUMPUR – Naib Presiden MCA, Datuk IR Lawrence Low menggesa tindakan serius diambil terhadap isu pemandu mabuk serta mereka...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd