• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 20, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Senarai Calon BN Pahang Telah Diserah Kepada PM

oleh AK-47
15/01/2018
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

BENTONG – Barisan Nasional (BN) Pahang telah menyerahkan senarai calonnya untuk pilihan raya umum ke-14 kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dengan agihan kerusi antara parti komponen juga dikekalkan, kata Pengerusinya Datuk Seri Adnan Yaakob.

Adnan yang juga Menteri Besar Pahang, berkata sekarang terserah kepada Najib selaku Pengerusi BN untuk menimbang dan membuat keputusan akhir berhubung senara itu.

“Di Pahang kita akan letakkan calon ikut tradisi kerusi parti komponen kerana itu hak parti komponen,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan pada Majlis Bantuan Anak Pahang (BAP) 2018 peringkat Dewan Undangan Negeri Pelangai, di sini hari ini.

Ditanya mengenai peratusan muka baharu, Adnan berkata isu muka baharu atau lama tidak timbul memandangkan pemilihan calon dibuat berdasarkan kehendak masyarakat di kawasan yang berkenaan.

“Saya tidak kira muka lama atau muka baharu, kita pilih calon bukan berdasarkan siapa yang kita mahu tetapi lebih kepada calon yang orang ramai suka. Kita mahu yang terbaik untuk rakyat, tidak guna kalau calon muda pun tetapi rakyat tidak suka,” katanya.

Pada masa sama, Adnan berkata beliau telah meminta semua jentera parti di peringkat cawangan dan bahagian supaya memperkemas jentera masing-masing serta lebih kerap turun padang bagi mendekati rakyat.

“Fokus kita sekarang ialah pastikan kawasan yang menang tidak kalah kerana dalam keadaan politik yang semakin celaru sekarang, fokus kita kena betul,” katanya.

Sementara itu Adnan berkata Program BAP yang diperkenalkan itu adalah lanjutan daripada program bantuan persekolahan yang pernah dilaksanakan oleh pihak Yayasan Pahang sebelum ini.

“Jika sebelum ini kita memberikan bantuan seperti beg sekolah dan pakaian sekolah, kali ini buat julung kalinya kita memberikan bantuan wang tunai sebanyak RM200 bagi menampung perbelanjaan persekolahan,” katanya.

Beliau berkata bantuan itu diberikan kepada keluarga yang berpendapatan kurang daripada RM2,500 sebulan dan pada tahun ini seramai 20,000 pelajar sekolah rendah dan menengah di seluruh negeri terpilih menerima bantuan tersebut.

Sebanyak RM4 juta diperuntukkan untuk tujuan itu dengan agihan dilakukan sejak Disember tahun lalu dan dijangka berakhir hujung bulan ini, katanya. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Adnan Yaakob
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

2 Helikopter Angkut 242 Pelajar Orang Asli Ke Sekolah

Next Post

Rakyat Thai Dipelawa Ke Perkampungan Sunnah

Related Posts

Adnan Yaakob Calon Sesuai Sebagai MB Pahang

13/05/2018
0

KUANTAN - Pengerusi Barisan Nasional (BN) Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob dilihat calon paling sesuai dilantik sebagai Menteri Besar berdasarkan...

Pelantikan MB Pahang Selepas Perkenan Istana

10/05/2018
0

BENTONG - Pengerusi Barisan Nasional (BN) Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob hari ini, berkata pelantikan Menteri Besar Pahang akan ditentukan...

Next Post

Rakyat Thai Dipelawa Ke Perkampungan Sunnah

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd