• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, April 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sekali Lafaz Sahaja, Yuna Kini Sah Milik Adam

oleh
27/01/2018
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

DENGAN sekali lafaz, penyanyi yang mencipta nama di Amerika Syarikat, Yuna, selamat bergelar isteri kepada pengarah video, Adam Yousof Mohamed Sinclair, 33, pada jam 7 malam semalam.

Pasangan pengantin baharu tersebut dinikahkan oleh Ustaz Azmi Noh dari Jabatan Agama Islam Pahang berwalikan bapa Yuna sendiri, Datuk Mat Zara’ai Alias, pada majlis berlangsung di Puncak Rimba, Bentong, Pahang.

Dalam majlis sederhana yang hanya dihadiri 300 jemputan itu, pengantin lelaki menyerahkan tujuh dulang hantaran manakala Yuna atau nama sebenarnya, Yunalis Mat Za ra’ai, 31, membalas dengan sembilan dulang.

Pihak pengurusan Yuna menerusi kenyataan media namun tidak mendedahkan jumlah wang hantaran. Majlis pernikahan itu dengan memilih tema perkahwinan dalam taman, selamat disempurnakan pada jam 7 malam.

It’s official ❤ #adamxalis

A post shared by yunamusic (@yunaliszarai) on Jan 26, 2018 at 8:49am PST

“Kami dengan perasaan rendah diri mengumumkan bahawa majlis pernikahan antara Adam Yousof Mohamed Sinclair dan Yunalis Mat Zara’ai pada 26 Januari 2018 di Puncak Rimba,” kata pengurusan Yuna lagi.

“Kedua-dua mempelai ingin mengucapkan terima kasih atas doa dan sokongan daripada semua pihak,” katanya. Pasangan itu dijadual mengadakan sidang media khas di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), Sabtu.

Majlis resepsi pasangan tersebut pula dijadualkan pada 28 Februari ini di lokasi yang sama. Keluarga Adam merisik Yuna pada 27 Mac tahun lepas, seterusnya mereka berdua secara rasmi menjalinkan pertunangan 5 Ogos lalu.

Penyanyi yang terkenal menerusi lagu Crush itu berkenalan dengan suaminya yang juga adik pelakon, Ashraf Sinclair, ketika menjayakan sebuah iklan pada 2013. Hubungan mereka mulai rapat pada 2015. – Agensi/HAA

Tags: Adam Sinclairyuna
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Yuna Pernah Disuruh Tanggal Tudung

03/02/2020
0

KUALA LUMPUR - Penyanyi popular Yuna mendedahkan dia pernah diminta membuka hijab oleh segelintir pihak ketika di awal kemunculannya dalam...

Yuna Calon E! People’s Choice Award

21/10/2019
0

KUALA LUMPUR - Penyanyi Yuna terus mengukuhkan kedudukannya di persada antarabangsa apabila muncul sebagai salah seorang calon dalam E! People’s Choice...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd