• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sekadar Nasihat, Hafiz Tiada Niat ‘Hentam’ Faiz Roslan

oleh
21/01/2018
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

TERDAHULU penyanyi, Hafiz Hamidun pernah menyuarakan pendapat berbentuk ‘nasihat’ terhadap seorang Instafamous, Faiz Roslan menerusi Twitter miliknya berhubung isu penampilan.

Nasihat lembut itu bagaimanapun menerima pelbagai cemuhan dan kecaman hebat daripada masyarakat umum. Susulan perkara itu, pelantun lagu Jawapan Rindu ini tampil menjelaskan tindakannya itu.

Ujarnya ia sama sekali tiada niat untuk menghentam mahupun menjatuhkan maruah Faiz memandangkan dia juga salah seorang pengikut Instafamous itu di Instagram.

Instafamous, Faiz Roslan.

“Apa yang saya luahkan di Twitter adalah pandangan peribadi sama seperti orang lain yang meluahkan pendapat mereka. Apabila ada yang membalas dengan komen negatif, saya tak boleh halang mereka kerana itulah media sosial.

“Apa yang saya tulis itu adalah sebagai peringatan kepada diri sendiri dan semua yang baca. Ia adalah kata nasihat dan kalau sudah namanya nasihat, ia adalah benda baik,” katanya dipetik Harian Metro.

Kata Hafiz lagi, dia sudah sedia maklum mengenai fenomena Instafamous yang gemar memperagakan pakaian wanita sebagai karakter di media sosial.

Bagaimanapun, dia berharap agar fenomena itu tidak dibawa ke dunia nyata kerana masyarakat kita ada banyak sensitiviti.

“Saya juga yakin Faiz cukup matang untuk menerima nasihat memandangkan dia juga kini menjadi sebahagian daripada industri.

“Rasanya dia boleh terima sekiranya ada yang memberi nasihat. Saya pun boleh terima setiap kali ada yang memberi nasihat,” ujarnya.

Dalam pada itu, Hafiz turut mengakui bahawa terdapat juga segelintir netizen yang bertanya mengapa nasihat itu tidak dibuat secara peribadi.

“Bagi saya ini media sosial dan pengguna Twitter tahu bagaimana lapangan ini digunakan. Kerana itulah saya membuka Twitter saya secara umum atau ‘public’.

“Kalau nak nasihat secara ‘private’, baik jangan gunakan Twitter, tapi guna WhatsApp,” kata Hafiz.

Pun begitu, anak jati kelahiran Perak ini tetap mengharapkan agar netizen mampu memandang nasihat dan perkongsian itu daripada sudut yang positif. – MYNEWSHUB.CC/AM

Tags: faiz roslanhafiz hamidun
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Teruk Kena Kecam, Faiz Roslan ‘Cuti’ Sampai Raya

31/05/2018
0

JIKA sebelum ini video parodi instafamous Faiz Roslan tidak terlalu mendapat perhatian umum, kali ini 'balasan' yang menimpa dirinya boleh...

Banyak Aduan, Mufti Jemput Faiz Roslan Datang Pejabat

30/05/2018
0

AKIBAT perbuatan melampau seorang instafamous, Faiz Roslan yang dengan tanpa rasa serba salah mengaku tidak berpuasa di bulan Ramadan, hal...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd