• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, August 28, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Saranan Supaya FAS Cari Venue Lain Tepat – Khairy

oleh Ahmad Albab
18/01/2018
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kementerian Belia dan Sukan (KBS) menyokong penuh saranan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) agar pasukan Selangor mencari venue lain untuk dijadikan venue tuan rumah pada saingan Liga Malaysia (Liga-M) musim ini.

Menterinya Khairy Jamaluddin berkata memang tepat kenyataan Presiden FAM Tunku Ismail Sultan Ibrahim bahawa hasrat Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) menjadikan Stadium Nasional Bukit Jalil sebagai venue tuan rumah adalah mustahil.

Tunku Mahkota Johor (TMJ) sebelum ini menyarankan agar FAS terus menjadikan Stadium Selayang sebagai venue tuan rumah seperti musim lepas.

“Saya melihat kenyataan daripada presiden FAM sangat tepat kerana setakat hari ini kita dah terima banyak permintaan. Bukan sahaja daripada sukan bola sepak tetapi juga sukan lain seperti ragbi untuk menggunakan Stadium Nasional.

“Sekiranya Selangor main di Stadium Nasional ini bakal mengganggu jadual, bukan hanya jadual stadium tetapi juga jadual perlawanan Liga M serta proses baik pulih stadium akan mengambil masa,” katanya kepada pemberita pada Majlis Pelancaran Digitan ILKBS ke arah Transformasi TN50 dengan kerjasama Microsoft Malaysia, hari ini.

Khairy berkata beliau telah mengarahkan agar Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) menjawab permohonan FAS dan mencadangkannya mencari venue lain sebagai venue rasmi.

Pada Selasa, Tunku Ismail dalam satu kenyataan yang dikeluarkan FAM berkata Stadium Nasional tidak dapat digunakan secara total sepanjang tahun oleh juara Piala Malaysia sebanyak 33 kali itu.

Untuk rekod, perlawanan tidak dapat dilangsungkan di Stadium Selayang pada waktu malam akibat masalah lampu limpah yang tidak menepati spesifikasi ditetapkan.

Kali terakhir Selangor menjadikan Stadium Nasional Bukit Jalil sebagai gelanggang tuan rumah adalah pada aksi awal Liga Super 2012 semasa Stadium Shah Alam dibaik pulih. – BERNAMA

Tags: Khairy Jamaluddin Abu Bakar
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Suami Kantoi Dengan Isteri, Khalwat Kaum Sejenis!

Next Post

Nyaris Maut Kereta Terjunam Ke Landasan Komuter

Related Posts

Nurul Izzah, Rafizi Dan KJ Minum Bersama Di Bangsar

18/12/2018
0

KUALA LUMPUR - Nurul Izzah Anwar yang meletakkan jawatan sebagai Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Pengerusi PKR Pulau...

Ketepikan Sentimen Balas Dendam Ketika Bahas Belanjawan 2019

12/11/2018
0

KUALA LUMPUR - Semua Anggota Parlimen perlu mengetepikan sentimen balas dendam dan serangan ketika membahaskan Rang Undang-Undang Perbekalan 2019 bagi...

Next Post

Nyaris Maut Kereta Terjunam Ke Landasan Komuter

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd