• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, February 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sanggup Racun Semua Anak Kerana Suami Kahwin Lain

oleh
21/01/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

TRAGIK… Seorang ibu tergamak membunuh tiga anaknya setelah mengetahui bahawa suaminya telah bernikah lain pada 15 Januari lalu.

Suri rumah itu yang dikenali sebagai Evi Suliastin,26, telah meracun anaknya ketiga-tiga anaknya iaitu Akbar (7 tahun), Ani (4 tahun) dan Vivi (7 bulan).

Setelah membunuh anaknya sendiri, wanita itu dikatakan telah cuba untuk membunuh dirinya dekat kediaman mereka di Jombang, Jawa Timur, Indonesia.

Ketua Polis Balai Resor Jombang, Ajun Komisaris Besar Polisi Agung Marlianto memberitahu hal itu ketika sidang media yang dilakukan pada semalam.

“Evi ialah isteri kedua setelah mendirikan rumah tangga pada tujuh tahun lalu kerana isteri pertama suaminya telah meninggal dunia.

“Lelaki itu telah bernikah dengan wanita lain secara sembunyi dan itu yang menyebabkan dia berang,” katanya kepada pihak media.

Tambahan pula, apa yang menyebabkan wanita itu bertambah marah ialah suaminya telah menuduh bahawa anak kedua mereka yang berusia empat tahun itu merupakan hasil hubungan dia bersama dengan lelaki lain.

Disebabkan tuduhan yang melampau itu, dia telah mengambil langkah gila kerana berasa tertekan dan terus membunuh semua anaknya.

Namun siasatan dimaklumkan suspek mengakui bahawa anak keduanya itu telah mati disebabkan lemas kerana kepalanya telah dibenamkan di dalam tab mandi.

Bagaimanapun, dua lagi anaknya telah didera terlebih dahulu kerana terdapat kesan lebam sebelum dipaksa untuk meminum racun serangga Baygon.

Suspek kini sedang dirawat di hospital apabila usahanya untk membunuh diri tidak berjaya dan keadaannya kini semakin pulih namun masih belum lagi boleh memberi keterangan lanjut.

Ketiga-tiga jenazah kanak-kanak malang itu telah selamat dikebumikan semalam di Tanah Perkuburan Jombang dan pihak polis telah menyifatkan bahawa kes itu sebagau kes bunuh. – MYNEWSHUB.CC/AH

*Video sekadar hiasan…

Tags: bunuh anak
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Ibu Tunggal Bebas Tuduhan Bunuh Anak

Ibu Tunggal Bebas Tuduhan Bunuh Anak

11/10/2024
0

SEREMBAN - Seorang ibu tunggal dilepaskan dan dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi di sini pada Jumaat daripada pertuduhan membunuh anak perempuannya...

Prabowo Menang Jawatan Presiden Indonesia – Suruhanjaya Pilihan Raya

Suami Isteri Bunuh Anak Terlepas Hukuman Mati, Penjara 30 Tahun

21/03/2024
0

PUTRAJAYA: Sepasang suami isteri terlepas daripada tali gantung selepas Mahkamah Rayuan di sini hari ini menggantikan tuduhan membunuh dengan penjara...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd