Monday, May 6, 2024

Creating liberating content

12 Ahli Parlimen Dilantik...

KUALA LUMPUR - Seramai 12 Ahli Parlimen hari ini dilantik sebagai Ahli  Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara...

Malaysia Perlu Bersuara Isu...

KUALA LUMPUR tidak boleh mendiamkan diri dalam menentang matlamat Presiden Donald Trump menjadikan...

Perhatian, Inilah Cara Betul...

Jerawat sememangnya masalah utama pada wajah hingga boleh menimbulkan rasa tidak yakin pada...

FAM Nafi Dakwaan Annuar,...

PETALING JAYA - Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) menafikan dakwaan Presiden Persatuan Bola...

Rezeki Lepas 10 Kali Gugur, Fazley-Isteri Dapat Baby Girl

SIAPA sangka selepas hampir 10 kali isterinya keguguran, akhirnya Datuk Fazley Yaakob dikurniakan seorang puteri pada Oktober tahun lalu.

Semalam, cef selebriti itu telah memuat naik video bersempena majlis aqiqah puterinya, Alayna Selma menerusi akaun Facebook miliknya.

“Salam semua. Selepas penantian bertahun-tahun, akhirnya Allah SWT kurniakan saya dan isteri tercinta Azrene Ahmad seorang puteri, setelah hampir 10 kali keguguran.

“Sebelum mendapat anak pertama, Payish, juga kami pernah keguguran dan kini kami ada tiga anak lelaki, Payish Piyash Piyush.

“Kesabaran dan kekuatan kasih sayang adalah tonggak di dalam setiap rumahtangga. Moga video sekitar majlis aqiqah ini menjadi tanda kecintaan kami berdua untuk Alayna Selma atau Baby Ellie,” tulisnya di Facebook.

Majlis aqiqah itu tutut dihadiri oleh Tunku Ampuan Negeri Sembilan, Tuanku Najihah Almarhum Tunku Besar Burhanuddin serta keluarga dan teman rapatnya sahaja.


Bayi yang dinantikan itu telah dilahirkan pada Oktober lalu dan merupakan anak keempat hasil perkahwinannnya bersama isteri tersayang, Datin Azrena Ahmad.

Mereka bernikah pada 2007 serta dikurniakan tiga anak lelaki, Ahmad Fariedz Shah (Payish), 10, Ahmad Fieradz Shah (Piyash), 9, dan Ahmad Firudz Shah (Piyush), 7, dan akhirnya hadirlah seorang puteri impian mereka pada tahun lalu.

Tahniah diucapkan kepada Fazley dan isteri di atas kurniaan yang dinantikan itu dan kini Baby Ellie sudah berusia hampir 3 bulan.

Siapa sangka, penantian selepas 10 kali keguguran itu akhirnya membuahkan hasil. – MYNEWSHUB.CC/AH

Kategori