• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 28, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Rasulullah Tahu Kedatangan Umatnya

oleh AK-47
30/01/2018
dalam Alhijrah Frenz, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BILA tiba di Masjidil Haram, jangan malas. Beribadah dan berzikirlah sebanyak mungkin.

Itu pesanan Ketua Pegawai Eksekutif TV AlHijrah pada 25 jemaah deligasi umrah di kalangan kakitangan dan anggota keluarga sebelum berlepas ke Tanah Suci 27 Januari lalu.

Delegasi selamat tiba dan memulakan perjalanan. Hati sebak oleh rasa beratnya melangkah tapak demi tapak di Tanah Haram dengan menggalas beban sesal dan rasa berdosa.

Hati tertanya-tanya: Apakah Allah menerima hambanya yang hina ini?

Di Tanah Suci, semuanya harus dipelihara. Jangan ada keluh-kesah mahupun sangkaan buruk. Kami berserah diri lafaz talbiah. Moga Allah pelihara perjalanan ini dengan kerahmatan.

Sehangat Air Bir Ali

Seindah namanya, begitu juga indahnya seni bina masjid di Bir Ali. Ini lokasi miqat bagi jemaah yang mendarat di Madinah. 28 Januari, cuaca dingin menyambut ketibaan para duyufurrahman.

Ucapan ringkas Petugas Rayhar Travel, terasa menjentik hati: “Sesungguhnya Rasululullah tahu kedatangan kita. Baginda menyambut umatnya dengan senyuman.

“Allahuakbar! Segala pujian buat Rasulullah pemberi syafaat.”

Suhu sejuk 19 darjah Celcius menguji ketahanan fizikal jemaah ketika menyempurnakan mandi sunat ihram. Walaupun kesejukan menyengat sumsum, jemaah tetap mandi demi ganjaran sunnah nabi.

Kasih Allah Maha Suci. Tidak sampai lima minit keadaan pancuran yang sejuk seperti berada di lautan ais, air bertukar jadi hangat. Setelah mandi, bermulalah perjalanan ihram.

Masjidil Haram Rumah Allah Dirindukan

Niat kami untuk melaksanakan umrah wajib, berlalu tanpa sebarang lengah. Meskipun keletihan melalui perjalanan udara yang panjang, hati tetap berkobar untuk melaksanakan lima rukun umrah.

Rombongan umrah dan ziarah kali ini, tiba di Tanah Haram menjelang subuh. Hari pertama di Makkah dimulakan dengan solat mengutip seribu ganjaran pahala.

Kaabah Saksi Airmata

Ketibaan pertama kali jemaah di Masjidil Haram dinasihatkan bersolat di dataran kerana dikhuatiri keliru mencari jalan keluar sekiranya terus memasuki kawasan masjid.

Rezeki hari pertama, ada yang nekad memasuki kawasan masjid kerana terlalu ingin melihat Kaabah. Ditemani sahabat yang ada berpengalaman mengerjakan umrah, kaki melangkah masuk lalu segera mencari ruang solat.

Dibanjiri ribuan umat Islam dari seluruh dunia, dengan pelbagai bangsa dan budaya, bergerak dalam kesesakan manusia, terasa mencabar.

Sambil kaki melangkah, hati jadi gemetar setelah pertama kali melihat kiblat umat Islam. Suara hati melafazkan rasa syukur, kerana akhirnya – Kaabah terlihat di depan mata.

Airmata mengalir, ia bukan mimpi. Apa yang dilihat memang Kaabah.

Sambil menanti azan subuh, hati segera berdoa. Selesao doa peribadi, disusul senarai doa yang dikirim teman-teman dan saudara-mara.

Doa yang diharapkan ialah moga Allah akhiri hayat dengan lafaz khusnul khatimah.

Amin Ya Allah. – MYNEWSHUB.CC

Tags: Rasulullah
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

APMM Labuan Rampas Bot Pukat Tunda, Tahan 6 Awak-Awak

Next Post

Samsung Buka ‘Premium Experience Store’ Di Pavilion KL

Related Posts

Darah Bekam Rasulullah Dipamerkan Di ABS Studio

02/08/2016
0

STESEN televisyen AlHijrah mengadakan satu pameran eksklusif, Artifak Rasulullah & Sahabat memaparkan barangan milik nabi junjungan, Nabi Muhammad SAW dan...

Artifak Rasulullah & Irama Mahabah Warnai ABS Studio

31/07/2016
0

SESUAI dengan langkah pertama menjadikan Cyberjaya spot kandungan Islamik, TV AlHijrah menganjurkan Pameran Artifak Rasulullah & Sahabat dan Mini Konsert Mahabah...

Next Post

Samsung Buka 'Premium Experience Store' Di Pavilion KL

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd