• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Rakyat Pahang Teruja Menanti ECRL Menjadi Realiti

oleh Ahmad Albab
08/01/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUANTAN – Pelaksanaan Projek Landasan Keretapi Pantai Timur (ECRL) yang melibatkan pembinaan landasan sepanjang 688 kilometer dengan kos RM55 bilion bermula dari Pelabuhan Klang, Selangor ke Tumpat, Kelantan, bakal mencorak wajah baharu kepada pantai timur.

Projek mega yang bakal siap pada 2024 itu dilihat bukan sahaja mampu mengubah landskap ekonomi serta pembangunan di negeri ini tetapi juga dari segi struktur sosial terutama di kawasan luar bandar.

Bagi Yang Dipertua Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) Pahang Yusri Yusof berkata projek transformasi atau ‘game changer’ cetusan idea Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak itu mampu mengimbangi pembangunan di antara pantai timur dan pantai barat.

“Sebelum ini kita melihat pelaburan baik dari dalam mahupun luar negara lebih banyak tertumpu di kawasan pantai barat. Ini kerana kemudahan infrastrukturnya lebih lengkap termasuk dari segi jaringan pengangkutan darat mahupun udara.

“Bagaimanapun dengan adanya perkhidmatan yang bakal merentasi kawasan-kawasan bandar kecil di negeri ini termasuk Bentong, Mentakab, Maran, Gambang, Kota SAS, dan Kuantan Port City I dan II serta Cherating, ini dilihat sebagai ‘gerbang rezeki’ untuk menarik pelabur bagi menanam modal di sini pula,” katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Dalam masa yang sama, katanya usahawan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) di kawasan-kawasan yang berkenaan juga dapat mengambil kesempatan ini untuk memasarkan produk tempatan mereka seperti patin dalam sangkar, kraf tangan seperti tenun Pahang dan Halia Bentong apabila stesen yang melalui kawasan itu siap kelak.

Selain itu, katanya sepanjang pelaksanaan kerja-kerja pembinaan projek itu nanti, ia turut memanfaat kontraktor tempatan apabila perdana menteri sendiri telah membuat komitmen akan memastikan 30 peratus kontrak pembinaannya diberikan kepada mereka.

Ini terbukti apabila 625 syarikat kontraktor tempatan dari kawasan pantai timur iaitu 200 syarikat dari Pahang, Terengganu (245 syarikat) dan Kelantan (180 syarikat) telah mendaftar dengan syarikat kontraktor utama China Communications Construction Co Ltd (CCCC) pada Oktober lepas untuk melaksanakan kerja pembinaan itu nanti.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Sumber Manusia dan Tugas-Tugas Khas negeri Datuk Seri Norol Azali Sulaiman pula berkata kesan pembangunan dan limpahan ekonomi daripada projek berkenaan tidak dapat dilihat dalam tempoh terdekat menyebabkan ada pihak yang kurang memahami kepentingannya.

“Memang pada masa sekarang masih ramai yang tidak dapat memahami manfaat kepada projek ini kerana kesannya bukan dapat dijelmakan serta-merta. Kerajaan sudah tentu telah mengkaji kebaikan sesuatu projek kepada rakyat dan pembangunan negara sebelum ia dilaksanakan.

“Lihat sahaja manfaat sesuatu projek pembangunan Perkhidmatan Tren Elektrik (ETS) yang pernah dianggap sebagai satu pembaziran, kini ia dilihat memberi banyak manfaat kepada penduduk pantai barat termasuk kawasan pedalaman,” katanya.

Tambah beliau lagi, projek itu juga dapat mengurangkan kesesakan lalu lintas di Lebuh Raya Pantai Timur (LPT) 1 dan LPT 2 yang sering berlaku terutama pada musim perayaan selain mampu menjimatkan masa untuk ke ibu negara.

“Bilangan kenderaan di jalan raya dilaporkan semakin meningkat dari semasa ke semasa dan ini memberi kesan terhadap kesesakan lalu lintas dan menyebabkan pergerakan dari satu tempat ke tempat yang lain mengambil masa agak lama sehingga meningkatkan kos untuk sesuatu perniagaan.

“Sebab itu amat penting untuk kerajaan meningkatkan kecekapan perkhidmatan pengangkutan awam yang dapat merangsang ekonomi setempat dan menggalakkan pertumbuhan pusat ekonomi baharu,” katanya.

Sementara itu, Mohd Shahar Abdullah, mewakili suara anak muda di negeri ini berkata ECRL merupakan satu lagi projek yang menjadi kebanggaan negara selepas projek Transit Aliran Massa (MRT) dan ETS, dengan menyediakan lebih 80,000 peluang pekerjaan.

Katanya di Pahang, terdapat banyak institusi pengajian tinggi dan institusi kemahiran yang diwujudkan oleh kerajaan negeri mahupun pelbagai kementerian dan dengan adanya projek berskala besar sebegini akan wujudlah peluang pekerjaan untuk rakyat tempatan merentasi seluruh jajaran pantai timur.

“Kesannya dari segi sosial, anak muda tidak perlu lagi berhijrah ke bandar-bandar besar dan meninggalkan keluarga semata-mata untuk mencari peluang pekerjaan.

“Secara tidak langsung apabila mereka tinggal bersama keluarga, ini juga akan mengatasi polemik tentang isu kenaikan kos sara hidup,” katanya.

Dalam masa yang sama juga katanya, kemudahan itu mampu melonjakkan lagi harga hartanah di kawasan-kawasan luar bandar dan menggalakkan kedatangan pelancong ke kawasan-kawasan berteraskan ekopelancongan yang banyak di negeri ini seperti Taman Negara Jerantut. – BERNAMA

Tags: ECRLPahang
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Mangsa Banjir Lebih 14,000 Orang, Pahang Catat Bilangan Tertinggi

Mangsa Banjir Lebih 14,000 Orang, Pahang Catat Bilangan Tertinggi

19/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Jumlah mangsa banjir kekal pada angka lebih 14,000 orang membabitkan 4,606 keluarga di 106 pusat pemindahan sementara (PPS)...

Pahang Catat Jumlah Mangsa Banjir Tertinggi, Lebih 10,000 Mangsa Ditempatkan Di PPS

Pahang Catat Jumlah Mangsa Banjir Tertinggi, Lebih 10,000 Mangsa Ditempatkan Di PPS

18/12/2025
0

KUALA LUMPUR - Hujan lebat berterusan menyaksikan jumlah mangsa banjir yang dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) di Pahang, Johor...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd