• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, April 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Rahsia Warga Tertua Saudi Meninggal Usia 147 Tahun

oleh
14/01/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

RIYADH – Lelaki tertua Arab Saudi, Sheikh Ali Al-Alakmi meninggal pada usia 147 tahun, hujung minggu lalu, akibat serangan angin ahmar yang menyebabkan darah pada otaknya tersumbat.

Daya ketahanannya sungguh menakjubkan. Sheikh al-Alakmi pernah hidup dalam zaman pemerintahan sebelum Arab Saudi wujud iaitu Ali bin Mohammed bin Aa’id, Abdullah bin Mohammed bin Aa’ad dan Hasan bin Aa’ad.

Media tempatan melaporkan bahawa beliau juga berusia 38 tahun semasa Raja Abdulaziz bin Saud mengisytiharkan wilayah Asir sebagai sebahagian daripada wilayah Arab Saudi pada awal abad ke-20 lalu.

Apakah rahsianya sehingga Allahyarham Sheikh al-Alakmi dapat menikmati usia yang amat panjang itu? Menurut salah seorang anggota keluarganya, Yahya al-Alekami, Allahyarham selalu makan daripada hasil ladangnya sendiri.

Selain bijian organik, gandum, jagung, barli dan madu yang boleh didapati di ladangnya, beliau juga hanya makan daging ternakannya dan menolak makanan yang ditawarkan dalam majlis-majlis keramaian yang dihadirinya.

Laman berita Al-Arabiya mendedahkan, allahyarham juga enggan menyentuh makanan-makanan yang diproses. Dalam pada itu, beliau semasa hayatnya langsung tidak pernah mengabaikan Al-Quran, menurut laporan itu lagi.

Allahyarham juga dilaporkan tidak suka menaiki kereta. Lantaran sikap kerasnya itu, beliau pernah berjalan kaki lebih 600 kilometer dari rumahnya semata-mata untuk pergi menunaikan ibadah umrah di tanah suci Makkah.

Bagaimanapun Allahyarham Sheikh al-Alakmi yang hanya meninggalkan zuriat seorang anak lelaki dan seorang lagi anak perempuan; sempat berkata begini sebelum beliau menghembuskan nafas terakhir akibat angin ahmar:

“Kehidupan lebih indah pada masa lalu. Hari ini, kehidupan dan manusia sudah banyak berubah. Tiada orang daripada generasi saya yang masih hidup, lantas saya rasa kesunyian.” – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: Arab SaudiMakkah
Share199Tweet124SendShare

Related Posts

JDT Beri Tentangan Sengit Kepada Juara Bertahan Al-Ahli, Tewas Tipis 1-2

JDT Beri Tentangan Sengit Kepada Juara Bertahan Al-Ahli, Tewas Tipis 1-2

18/04/2026
0

JEDDAH – Perjuangan wakil negara, Johor Darul Ta'zim (JDT) dalam kempen AFC Champions League Elite 2025/26 berakhir di peringkat suku...

IBADAH KORBAN DI KOTA SUCI MAKKAH BAGI TAHUN 2026M/1447H ✨🕋

IBADAH KORBAN DI KOTA SUCI MAKKAH BAGI TAHUN 2026M/1447H ✨🕋

14/04/2026
0

IBADAH KORBAN DI KOTA SUCI MAKKAH BAGI TAHUN 2026M/1447H ✨🕋 Alhamdulillah Pendaftaran dan Tempahan Bagi Ibadah Korban pada tahun ini...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd