• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PTAM Optimistik Taman Kemarau Pingat 16 Tahun

oleh AK-47
19/01/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Persekutuan Tinju Amatur Malaysia (PTAM) optimistik untuk menamatkan kemarau pingat 16 tahun pada temasya Sukan Komanwel di Gold Coast, Australia bermula 4-15 April ini.

Timbalan Presiden PTAM, Mohd Iruan Zulkifli berkata pemenang pingat emas Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL2017), Mohd Fuad Mohd Redzuan bagi kategori light fly (49kg) menjadi sandaran utama untuk merealisasikan misi itu.

“Kami menyasarkan Mohd Fuad boleh pergi ke final. Kami juga akan menghantar Abdul Salam Kasim bagi kategori 52kg,” katanya selepas mesyuarat Jawatankuasa Kerja di Majlis Sukan Negara (MSN) di sini, hari ini.

Untuk mencapai misi itu, dua petinju berkenaan telah dirancang untuk mengambil bahagian dalam Kejohanan Tinju Terbuka Antarabangsa India kali pertama bermula 28 Jan hingga 1 Feb ini, katanya.

Selepas itu, mereka dijadual menyertai kejohanan pra-Sukan Asia di Jakarta bermula 10-18 Feb, sebelum menjalani latihan intensif dan menyertai kejohanan di Uzbekistan selama dua minggu bermula hujung Februari ini.

Mohd Iruan berkata, pihaknya juga sedang dalam perbincangan untuk menambah seorang petinju iaitu pemenang pingat perak kategori light heavy (81kg) Adli Hafidz Mohd Pauzi.

“Kami juga mengekalkan Azmi Md Yunus sebagai ketua jurulatih negara kerana beliau telah menunjukkan prestasi baik dan serasi dengan para petinju serta memberikan petunjuk untuk membawa mereka lebih jauh,” katanya.

Sementara itu, Pemangku Pengarah Bahagian Atlet MSN, Jefri Ngadirin berkata petinju dari negara-negara Afrika dilihat sebagai cabaran utama bagi Mohd Fuad.

“Kami telah mengenal pasti beberapa kelemahan kecil pada Mohd Fuad, antaranya ialah masalah psikologi, kerana beliau sering tewas dalam peringkat suku akhir.

“Jika beliau dapat mengatasi kelemahan itu dan dibantu dengan undian peringkat awal yang memihak kepadanya, beliau dapat mencapai misi itu,” katanya.

Sebagai rekod, kali terakhir Malaysia meraih pingat dalam sukan tinju ialah pada edisi 2002 di Manchester melalui Zamzai Azizi Mohamad yang meraih gangsa, manakala pencapaian terbaik adalah milik Sapok Biki, yang memenangi emas kategori light fly (48kg) pada temasya 1998 di Kuala Lumpur. – BERNAMA

Tags: Mohd Iruan Zulkifli
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

No Content Available
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd