• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, June 4, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Projek MyTransit Fasa Pertama Mula Dibina Februari

oleh Ahmad Albab
22/01/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Pembangunan fasa pertama Perumahan Transit Belia (MyTransit) akan dimulakan Februari ini, di dua tanah lot milik Pesuruhjaya Tanah Persekutuan di Kuala Lumpur, kata Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Tan Sri Noh Omar.

Beliau berkata pembangunan 2,010 unit MyTransit di Mukim Batu Muda dan Mukim Kepong itu akan melibatkan 1,201 unit studio berkeluasan 400 kaki persegi (kps) dan 809 unit apartment dua bilik berkeluasan 550 kps berkualiti kondominium sederhana mewah.

Bercakap kepada media selepas menghadiri majlis menandatangani perjanjian pembangunan MyTransit dan Majlis Perhimpunan kementeriannya di sini hari ini, Noh berkata MyTransit adalah inisiatif untuk membantu golongan muda M40 di kawasan bandar utama melalui penyediaan rumah transit sehingga mampu membeli rumah sendiri yang selesa.

Beliau berkata inisiatif itu dilaksanakan bersama BMG Global Sdn Bhd yang bertindak sebagai pelabur yang akan membiayai kos perancangan dan pembinaan bangunan MyTransit manakala kerajaan akan menyediakan tanah tanpa perlu menyediakan sebarang kos pembangunan.

Menurut Noh, pembangunan projek MyTransit itu dilaksanakan secara ‘cross subsidy’ di mana dalam plot tanah tersebut mempunyai 2,010 unit MyTransit yang akan disewakan kepada belia dan 3,824 unit Rumah Mampu Milik (RMM) pula akan dijual kepada yang layak.

“BMG Global akan mendapatkan kembali hasil pelaburan melalui penjualan unit RMM yang dibina dengan keluasan 800 kps dan akan dijual dengan kadar harga RM300,000 seunit,” katanya.

Noh berkata antara keistimewaan MyTransit adalah kadar sewaan 30 peratus lebih rendah daripada harga pasaran iaitu pada kadar RM400 sebulan bagi unit studio dan RM550 sebulan bagi unit apartment.

Beliau berkata terdapat elemen ‘force saving’ dalam sewaan dibayar itu, yang akan dipulangkan kepada penyewa setelah tamat tempoh penyewaan untuk membantu menyediakan deposit bagi pembelian rumah kelak.

Noh berkata sebanyak 6,000 unit lagi dirancang untuk fasa kedua pembangunan MyTransit.

Mengulas usaha pemasangan jaring di Projek Perumahan Rakyat (PPR) di Kuala Lumpur yang sedang giat dijalankan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dalam usaha mempertingkatkan keselamatan penghuninya, Noh berkata ia merupakan penyelesaian jangka pendek.

“Untuk penyelesaian jangka panjang adalah perlu untuk mengubah sikap penduduk yang membuang sampah sesuka hati.

“Oleh itu kita merancang untuk melaksana kempen kesedaran kerana cara pemasangan jaring dan penguatkuasaan sahaja tidak memadai jika tiada kesedaran dalam kalangan penduduk,” katanya. – BERNAMA

Tags: MyTransitNoh Omar
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Presiden UMNO Boleh Digulingkan MKT

Presiden UMNO Boleh Digulingkan MKT

15/03/2023
0

KUALA SELANGOR – Kedudukan Presiden UMNO masih boleh digugat termasuk digulingkan sekiranya mendapat undi tidak percaya dua pertiga ahli Majlis...

Najib Pemimpin Berjiwa Besar – Noh

Najib Pemimpin Berjiwa Besar – Noh

22/02/2023
0

PETALING JAYA – Bekas Pengerusi Perhubungan UMNO Selangor, Tan Sri Noh Omar menyatakan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd